Asuh

Serius! Ibu Ayah Kena Tukar Gaya Cakap Dengan Anak Kalau Dah Nampak Tanda Ini

8
SHARES
GAYA CAKAP PADA ANAK

Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, ibu ayah dinasihatkan untuk menukar gaya cakap pada anak sekiranya terdapat tanda-tanda ini.

Walaupun pada dasarnya ia kelihatan normal namun sebenarnya tidak boleh dibiarkan kerana akan menjejaskan sikap anak. Jadi, ubah gaya cakap jika ada tanda-tanda seperti di bawah ini.

Baca juga: Tak Sangka Siri Kartun Animasi Ini Buat Sikap Anak Lebih Positif & Petah Bercakap

GAYA CAKAP PADA ANAK KENA UBAH KALAU NAMPAK TANDA INI

GAYA CAKAP PADA ANAK

Apa tanda yang ibu bapa dah kena ubah gaya cakap pada anak-anak? Ini serius dan kena ambil tahu!

1. Bila kena jerit baru anak nak dengar kata

Cuba ubah: dapatkan eye-contact anak dulu, jerit tu tanda anak tak fokus.

2. Bila kena ugut dan takut-takutkan anak baru dapat kepatuhan dia

Cuba ubah: puji dulu anak sebelum suruh apa-apa. Jangan ugut kerana itu pantang larang dalam mendidik anak-anak.

3. Bila kena berdebat, kita cakap anak lawan dan ibu bapa lawan balik

Sampai sudah tak habis kalau asyik berlawa.

Cuba ubah: Tegas dan tak perlu berhujah sangat, kena tetap pendirian. Jika sampai kena berdebat itu tanda anak dah hilang hormat pada mak ayah.

4. Bila kena minta persetujuan (approval) dulu dalam semua perkara

Kalau anak tak setuju, kita ikut sahaja. Susah kalau jadi macam ini.

Cuba ubah: berhenti beri soalan approval tapi banyakkan arahan atau pilihan. Biar ibu bapa yang tentukan bukan anak.

5. Bila kena beri rasuah dulu baru anak nak buat

Ubah ubah: jangan amalkan sangat beri hadiah, duit atau barangan yang anak mahu tanpa sebab. Ini mendidik anak akan menjadi seorang yang tamak dan materialistik.

Jadi, ibu bapa di luar sana jika si kecil sudah menunjukkan tanda ini, anda kena ubah gaya cakap pada anak.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Denda Duduk Luar Kelas Paling Tak Wajar, Murid Langsung Tak Dapat Belajar!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×