Famili

Ahli Keluarga Sendiri Toksik Bila Tunjuk Tanda Ini, Nampak Bergurau Tapi BUKAN!

1
SHARES
AHLI KELUARGA TOKSIK

Memiliki ahli keluarga toksik antara ‘mimpi’ ngeri untuk semua orang. Hal ini kerana secara umumnya, mereka sepatutnya menunjukkan sikap positif.

Sikap negatif dan toksik tersebut boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan anda kerana ia mungkin mempengaruhi emosi, mental, dan fizikal. Kehadiran ahli keluarga ‘beracun’ ini juga boleh membuat hubungan kekeluargaan semakin renggang.

Baca juga: Haram Pakai Rantai & Subang Luar Tudung, Trend Yang Perlu Dielakkan

AHLI KELUARGA TOKSIK BILA TUNJUK TANDA INI

AHLI KELUARGA TOKSIK

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Facebooknya, dia menjelaskan mengenai tanda ahli keluarga toksik yang mungkin dialami oleh rata-rata orang.

Katanya, jika seseorang dalam ahli keluarga itu membuat kesilapan namun tiada sesiapa yang menegur itu merupakan sikap toksik. Dia juga menambah bahawa kesilapan tersebut dijadikan ‘bahan’ untuk mengumpat atau mengata.

“Antara tanda keluarga sendiri adalah toksik apabila tiada solusi untuk menegur kesilapan ahli keluarga yang melakukan kesilapan melainkan hanya suka mengumpat dan mengata si fulan/fulanah dalam keluarga itu sahaja,” tulisnya di media sosial.

Hantaran itu sudah pastinya menerima reaksi positif warganet dan sehingga kini mendapat ribuan shares. Di ruangan komen, rata-rata meluahkan bahawa mereka sedang mengalami situasi tersebut.

“Adanya saya d isini adalah menerima nasib seperti dinyatakan di atas menjadi mangsa. Sekarang fokus ‘jauh’ dari orang-orang yang bersikap sebegini dan hidup tenang tanpa gangguan. 

“Jujurnya kehadiran manusia-manusia toksik seperti inilah yang menjadi salah satu punca juga keruntuhan rumah tangga tanpa mereka sedar atau mereka sebenarnya sedar tapi nak menyakitkan hati orang lain.

“Berserah kita sepenuhnya pada Allah SWT yang Maha Pelindung kepada mereka-mereka yang diujiNya. Jauhkan diri dari orang-orang macam ini tapi bukan bermaksud memutuskan. Jauh untuk kebaikkan diri kita dan keluarga apabila kita dah lihat kemudaratan itu pada diri sendiri,” luah salah seorang pengguna Facebook di ruangan komen.

*Diharapkan agar anda semua tidak menjadi ahli keluarga toksik dan sentiasa menjaga hati serta perasaan orang sekeliling. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cikgu Luah Rasa Kecewa & Nak Berhenti Kerja, Stres Dapat Anak Murid Perangai Biadab!

Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×