Umum mengetahui, bergelar seorang pendidik bukan satu perkara mudah kerana tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan dengan betul. Tugas guru bukan hanya mendidik anak murid tetapi beberapa hal lain diambil kira sehingga memeningkan kepala.
Itulah yang dialami oleh seorang guru di mana dia sangat tertekan kerana perlu menghadapi semua ini. Cikgu ini juga pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana mental dan fizikal ‘koyak’.
Baca juga: Rezeki Suami Bukan Terletak Pada Reda Isteri Tapi Ini Yang Sebenarnya ….
TUGAS GURU TAK MUDAH, BEBAN DAN RASA NAK BERHENTI
Jelasnya, setiap hari dia rasa tertekan apabila hendak menjalakan tugas guru kerana perangai anak muridnya yang begitu nakal dan terlalu bising.
Tambahnya lagi, murid tersebut turut memberi bermacam-macam alasan apabila membuat kesalahan. Tindakan pelajar tersebut, membuatkan dia ingin berhenti menjalankan tugas sebagai seorang guru.
Cikgu ini juga memberitahu bahawa tidak mudah untuk mendidik seseorang menjadi insan yang berguna. Kadang kala, rasa tidak ingin mengajar menguasai diri kerana anak muridnya terlalu malas belajar di dalam kelas.
“Saya penat jadi cikgu. Rasa nak nangis sebab perangai budak sekolah terlalu nakal dan bising. Dah salah, pandai menjawab macam-macam alasan.
“Rasa macam nak berhenti kerja pun ada. Dah macam baby sit anak orang dekat sekolah. Susah nak mendidik insan. Kadang rasa tak nak mengajar sebab mereka malas. Saya asyik jadi singa, marah-marah,” luahnya.
Luahan tersebut sudah tentunya dibanjiri komen daripada warganet yang memberi kata-kata semangat kepada guru tersebut. Mereka mendoakan agar dia dikurniakan kesabaran tinggi untuk menghadapi ujian ini.
“Budak sekarang berbeza dengan generasi dulu. Mungkin terlalu terdedah dengan teknologi, media sosial, persekitaran dan didikan dari rumah juga. Kita dulu-dulu hanger, getah paip apa sahaja yang tak kena untuk didik jadi manusia beradab.
“Semoga cikgu terus kuat untuk didik mereka. Saya sangat sangat teruja dengan guru0guru yang mendidik generasi sekarang. Banyak cabaran tapi kesabaran seorang guru itu lah yang membuatkan anak murid lebih behave. Semoga awak terus kuat untuk didik dan diberi kesabaran setinggi gunung. Aamin,” komen salah seorang pengguna media sosial.
Baca juga: Buka Aib Orang Di Media Sosial Makin Menjadi-Jadi, Langsung Tak Ada Rasa Bersalah
Sumber: X Mein Mokhtar