Menerusi luahan seorang ibu di media sosial, dia sangat terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang guru mengenai anaknya yang membawa duit belanja sebanyak RM3000.
Sebagai ibu bapa, sudah tentunya mereka tidak memberikan wang belanja sekolah sebanyak itu kerana tidak masuk akal. Tindakan anaknya itu sungguh menjadi tanda tanya.
Baca juga: “Dia Perampas, Kena Potong…” – Cikgu Terkejut Tengok Gambar Lukisan Kartun Budak 6 Tahun
ANAK BAWA DUIT BELANJA RM3000 PERGI SEKOLAH
Dia juga meluahkan bahawa ketika guru memberitahu perkara ini, darahnya berderau dan termenung seketika kerana tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Saya dapat panggilan telefon daripada cikgu kelas anak. Dia beritahu anak saya bawa duit sebanyak RM3000. Berderau darah bila dengar. Saya tarik nafas dalam-dalam dan terdiam.
“Saya minta maaf dekat cikgu kerana tidak tahu dari mana datangnya duit sebanyak itu kerana kebiasaanya dui belanja hanya diberikan RM5 sahaja,” tulis wanita itu.
Lebih tidak menyangka apabila cikgu memaklumkan anaknya memberi wang itu kepada rakan sekelas. Setiap mereka ada menerima RM100, RM150 dan RM50.
Difahamkan juga, jumlah wang tunai bernilai RM3000 itu hanya tinggal RM800 sahaja kerana tindakan anaknya itu.
“Saya menangis bila dengar benda ini. Bukan senang nak cari duit RM3000. Cikgu suruh datang jumpa guru disiplin pada hari Isnin,” jelasnya.
Apabila anaknya pulang ke rumah, si ibu bertanya mengenai duit tersebut dan dia memberitahu itu merupakan duit raya dia dan adiknya.
Setelah disoal, si anak memberitahu dia memberi wang kepada rakan-rakan kerana mengikut tindakan ibunya yang sering memberi wang kepada orang yang memerlukan.
“Setelah dimarahi, rupanya dia cakap dia ikut mama dia. Dia selalu tengok saya bagi duit dekat orang ketika berada di luar. Bila saya bagi duit, mereka gembira. Jadi, dia nak jadi macam saya,” katanya.
Wanita itu turut memarahi tindakan anak perempuannya itu kerana disifatkan sebagai ‘mencuri’. Si ibu juga memberi nasihat agar tidak melakukan perkara sedemikian di masa akan datang.
Baca juga: Ibu Terkejut Baca Mesej Berunsur Lu*ah Dalam Group Anak, Siap Minta Hisap!
Sumber: TikTok Queeny