Tular di media sosial mengenai mesej lucah di dalam telefon anak darjah empat. Perkara ini sudah tentunya mengejutkan kerana peredaran zaman membuatkan mereka lebih terdedah kepada gejala negatif.
Jika dibiarkan, isu ini pasti semakin menjadi-jadi dan mendatangkan kemudaratan kepada generasi akan datang. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Nak Ajar Anak Maksud Tauhid Umur Ini Yang Sesuai, Jangan Terlambat Nanti Rugi!
MESEJ LUCAH DENGAN KAWAN, BARU UMUR 10 TAHUN
Ibu bapa sekarang juga lebih gemar memberi pendedahan awal kepada gajet. Hal ini kerana untuk memudahkan urusan harian tetapi lain pula berlaku apabila si anak mula berkelakuan negatif.
“Budak darjah 4 ya ini. Hati-hati dan selalu pantau group anak-anak mana yang dah bagi telefon sendiri. Yang nak tengok yang nak tunjuk. Haish! Nama group ini budak lelaki yang ubah.
“Yang update dekat media sosial ini mak kepada budak lelaki dalam mesej tersebut. Anak dia tak tahu sebab kawan invite guna nombor telefon mak dia,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ibu bapa terkejut melihat perbualan kanak-kanak berusia 10 tahun ini kerana sangat tidak masuk akal.
Perbualan mereka seolah-olah pernah melihat video mengenai perkara tersebut kerana tahu apa yang perlu dilakukan.
“Sebab itu kami tak bagi telefon dekat anak. Apa-apa mesej nombor kami sahaja. Dulu anak masa darjah 4 pun macam ini. Kawan-kawan add masuk group. Macam-macam bahasa ada.
“Jadi, ibu bapa kena berpada-pada bila memberi kebebasan pada anak-anak. Sayangkan anak, jangan sampai merosakkan mereka,” komen salah seorang ibu.
Kesimpulannya, ibu bapa di luar sana sentiasa pantau telefon anak-anak dan pastikan mereka menggunakannya untuk hal berfaedah sahaja.
Semoga bermanfaat dan anak-anak dijauhkan dengan perkara sebegini. Amin…
Baca juga: Kes Kematian Makan Keropok Beracun, Pekebun Dedah Ibu Ayah Memang Abaikan Anak
Sumber: Facebook Nora Razalli