Nur

Buka Aib Orang Di Media Sosial Makin Menjadi-Jadi, Langsung Tak Ada Rasa Bersalah

45
SHARES
SEBAR AIB ORANG

Sejak kebelakangan ini, penggunaan media sosial semakin disalahgunakan dan ia sudah tentunya satu perkara merisaukan. Hal ini kerana dapat kita lihat rata-ratanya memilih media sosial untuk sebar aib orang.

Tindakan ini seolah-olah dipandang normal oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian pengguna Facebook di bawah, sebarkan aib orang sesuka hati adalah perkara perlu dielakkan.

Baca juga: Hukum Tidur Lepas Waktu Subuh, Asar & Maghrib. Baca Dulu Sebelum Buat!

SEBAR AIB ORANG DI MEDIA SOSIAL, TINDAKAN INI MERISAUKAN

SEBAR AIB ORANG

Berhati-hatilah dalam penggunaan media sosial setiap hari. Janganlah kita sibuk mencari aib orang lain dan menyebarnya.

Daripada Ibn Umar R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya)

Menyebarkan aib orang lain, walaupun di sekadar share video, gambar, atau berbalas-balas komen di media sosial, turut dikira sebagai dosa mengumpat. Nabi SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Huzaifah:

“Tidak akan masuk syurga orang yang mengumpat.” (Riwayat Muslim)

Ini termasuklah larangan membuka aib diri sendiri, terutamanya melakukan dosa secara terbuka, atau mendedahkan dosa yang dilakukan saat sendirian kepada khalayak.

Sabda Nabi SAW:

“Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam.

Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’.

“Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.” Riwayat Al-Bukhari (6069)

Semoga Allah tutup aib dan Allah mengampunkan segala dosa kita. InsyaAllah.

*Jangan sesekali buka aib orang. Ingat ya!

Baca juga: Doa Berlindung Daripada Tenggelam Ke Dalam Bumi, Amalkan Setiap Masa…

Sumber: Facebook Abeben Studio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×