Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian tanah jerlus di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur. Insiden ini melibatkan seorang wanita warganegara India jatuh ke bawah dan tidak dijumpai sehingga sekarang. Hal ini sudah tentunya merisaukan dan antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan doa berlindung daripada tenggelam ke dalam bumi.
Doa ini boleh diamalkan setiap hari agar sentiasa di bawah lindunganNya terutama sekali ketika sedang bekerja atau bersiar-siar. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Ustaz Wadi Anuar Kongsi 12 Waktu Mustajab Berdoa, ‘Rahsia’ Yang Semua Kena Tahu
DOA BERLINDUNG DARIPADA TENGGELAM KE DALAM BUMI
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah aibku dan tenangkanlah perasaan takutku. Ya Allah, peliharalah aku dari arah depanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu agar aku tidak ditenggelamkan dari arah bawahku.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, no. 5074)
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang, sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Umar RA.
Dalam hadis ini, disebutkan agar kita berlindung daripada 6 arah iaitu:
- Depan
- Belakang
- Kiri
- Kanan
- Atas
- Bawah
Lebih menarik lagi, di dalam hadis ini dikhususkan perkataan وأعوذ بعظمتك untuk arah bawah, sedangkan 5 arah yang lain sebelumnya tidak disebutkan perkataan tersebut.
Ini menunjukkan serangan atau kecelakaan dari arah bawah adalah perkara yang sukar untuk dielak. Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini agar dilindungi daripada bahaya yang datang dari arah bawah.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua dan sentiasa menjaga keselamatan diri.
Baca juga: Cara Pengurusan Jenazah Islam Dari A-Z, Ilmu Paling Bermanfaat Untuk Belajar
Sumber: My Hadith Time