Famili

Kakak Kecewa Adik Perempuan Kantoi Ada Hubungan Dengan Suami, Berduaan Dalam Bilik!

19
SHARES
ADIK PEREMPUAN

Menerusi perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok, dia meluah rasa kecewa apabila adik perempuan kandungnya menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya.

Kisah ini bermula si adik mahu mengikut kakak untuk tinggal di Johor Bahru dengan alasan peluang pekerjaan lebih tinggi berbanding di kampung.

Baca juga: Kes Jangkitan HIV Pelajar IPT Di Malaysia Dilaporkan Semakin Meningkat

ADIK PEREMPUAN ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN SUAMI

ADIK PEREMPUAN

Mereka semua akhirnya pergi ke Johor Bahru untuk memulakan hidup. Wanita berusia 28 tahun itu pelik apabila adik perempuan sudah hampir 3 minggu berada di rumah tanpa mencari pekerjaan.

“Hampir tiga minggu berlalu, masih tiada perubahan. Bila saya tanya kenapa tak cari kerja. Dia kata masih awal lagi. Saya cerita dekat suami saya, dia pun memberi jawapan yang sama dan ingin memberikan adik saya lebih banyak waktu,” jelasnya.

Tanpa berfikiran negatif, dia masih bersetuju dengan jawapan kedua-dua mereka. Tambahnya lagi, waktu bekerja si suami dan dirinya adalah sama iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

Pada suatu hari, peristiwa hitam berlaku apabila si isteri tertinggal telefon di rumah. Dia terpaksa patah balik ke rumah tetapi lain pula yang jadi apabila melihat kereta suaminya di parkir kediaman.

Dia mula hairan kerana suaminya sudah keluar bekerja terlebih dahulu. Dia mengatur langkah masuk ke rumah dan terkejut apabila melihat baju suami berada di luar bilik.

Dengan penuh kekuatan dia membuka pintu bilik dan melihat adiknya sedang ‘berasmara’ bersama suaminya.

“Saya gigil apabila melihat mereka berdua di atas katil. Saya telefon semua ahli keluarga untuk datang Johor Bahru secepatnya agar hal ini dapat diselesaikan,” luahnya.

Setelah perbincangan dilakukan, si lelaki akhirnya mengaku bahawa sudah lama menjalin cinta bersama adik ipar. Peristiwa hitam itu akhirnya menyebabkan pasangan ini bercerai.

Adik perempuan wanita tersebut berkahwin dengan lelaki itu dan itu adalah satu perkara paling tidak dapat dilupakan.

“Untuk adik saya, terima kasih buat kakak macam ini. Mulai dari kejadian itu, awak bukan darah daging saya lagi. Semoga saya terus kuat hadapi cabaran ini,” tambahnya.

Baca juga: Suami Kerja Offshore Kecewa Isteri Kantoi Curang & Bawa Lelaki Lain Masuk Rumah

Sumber: TikTok Miasarawr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×