Famili

Suami Kerja Offshore Kecewa Isteri Kantoi Curang & Bawa Lelaki Lain Masuk Rumah

37
SHARES
isteri curang

Setiap hari ada sahaja konflik rumah tangga yang kita baca di media sosial. Hal ini bukan hanya berpunca daripada suami sahaja kerana terdapat juga kes di mana isteri curang ketika suami sedang bekerja.

Perkara ini diluahkan oleh seorang suami di media sosial dan dia sangat bersedih kerana tidak menyangka si isteri sanggup melakukan perkara sedemikian.

Baca juga: “Sakit Tak Beranak?”- Gadis Usia 20 Hamil Anak Luar Nikah, Doktor Sebak Bila Tahu

ISTERI CURANG BAWA LELAKI LAIN BALIK RUMAH

ISTERI CURANG

Menerusi perkongsian di aplikasi X, lelaki berusia 34 tahun bekerja sebagai kapten kapal baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada bulan Januari dan lebih menyedihkan apabila ayahnya pula dijemput Illahi pada bulan Februari.

“Paling sedih sekali bila saya tak dapat balik tengok kedua-dua muka syurga buat kali terakhir sebab bekerja di atas kapal dan berada di Portugal,” luahnya.

Dia juga turut meluahkan rasa sedih apabila jiran rumahnya memberi mesej menyatakan ada suara lelaki lain dirumahnya. Pada mulanya dia mengganggap itu hanya suara abang kepada isterinya kerana mereka rapat.

Dia kemudianya menyuruh jirannya untuk menghantar gambar atau video bagi memastikan itu adalah abang iparnya atau tidak. Sangkaanya salah dan lelaki tidak dikenali itu dilihat keluar rumah sambil memimpin tangan isterinya.

“Hati ini berdebar bila tengok dan tak ada rasa nak kerja dah. Hura-hara kepala fikir macam-macam,” jelasnya.

Dia akhirnya pulang ke Malaysia dan bergegas ke rumah untuk bertanya sendiri kepada si isteri. Apabila sampai di rumah, si isteri kerana melihat suaminya.

“Saya soal siasat dia dan lelaki itu dan akhirnya mereka berterus terang bahawa dah lebih 4 bulan duduk serumah. Alasan isteri curang sebab sebab bosan dan sunyi.

“Saya kecewa sangat dan terus lari tinggalkan rumah. Kekecewaan ini membuatkan saya tukar nombor telefon agar isteri tak dapat cari dan kembali ke Portugal untuk bekerja,” katanya.

Perkongsian lelaki itu sudah tentunya mendapat pelbagai komen daripada warganet dan turut bersedih dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Baca juga: Individu Luah Rasa Kecewa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

Sumber: Aplikasi X Mein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×