Inspirasi

Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

22
SHARES
ANAK ANGKAT

Realiti Podcast bersama Sirap Limau Official kembali lagi dengan episod dua di mana menceritakan tentang ‘anak angkat atau anak kiriman Tuhan’.

Temubual tersebut diadakan bersama Puan Azuin dan suaminya, Fairuz atau mesra disapa Apai. Kisah ini bermula apabila mereka dikurniakan cahaya mata yang ditemui oleh ahli keluarga di masjid.

Baca juga: Rumah Tangga Macam Ini Idaman Semua Orang, No.2 Ramai Terlepas Pandang

ANAK ANGKAT HADIR UBAH KEHIDUPAN SUAMI ISTERI INI

ANAK ANGKAT

Perkahwinan mereka sudah mencecah 12 tahun dan selama 6 tahun tidak dikurniakan cahaya mata pelbagai rintangan telah berlaku.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun keenam perkahwinan namun ‘anak kiriman Tuhan’ itu telah menyelamatkan keadaan.

Jelasnya, pada jam lebih kurang 5 pagi, dia telah menerima panggilan telefon daripada keluarga memberitahu ada bayi tanpa ibu bapa ditinggalkan di masjid.

Sejurus mendengar berita itu, Awin dan suaminya bergegas pulang ke kampung dan membawa bayi tersebut ke klinik berhampiran.

Pelbagai urusan perlu dilakukan selama berhari-hari sebelum mendapat kebenaran untuk membawa pulang bayi tersebut. Penantian tersebut berakhir selepas Azuin dan suami menerima panggilan telefon untuk membawa bayi pulang.

Kehadiran Ali ternyata mengubah kehidupan Azuin dan suaminya. Penerimaan orang sekeliling juga positif dan rata-rata menyayangi bayi tidak berdosa itu.

“Bila dah anak, tanpa sokongan suami memang akan tumbang dan penat. Penerimaan kawan-kawan dan orang sekeliling positif sangat. Masing-masing teruja dan gembira tunggu Ali sampai rumah,” jelasnya.

Setelah beberapa tahun membesarkan Ali, cabaran terbesar dalam kehidupan adalah untuk memberitahu mengenai perkara sebenar.

“Cabaranya sangat besar bila kita nak cerita satu-satu dekat Ali dan ahli keluarga lain supaya faham dan tak ejek Ali.

“Dilema ibu bapa angkat adalah perkara ini. Bila dah cerita takut anak tak sayang kita. Sebenarnya, bukan Ali menumpang kasih sayang kita, tetapi ibu bapa yang menumpang kasih sayang anak sebab kita tak ada siapa-siapa kecuali dia.

“Jadi, carilah masa yang sesuai untuk beritahu mereka tentang perkara sebenar. Kalau kita tak mampu nak beritahu, minta tolong orang lain. Jangan biarkan sehingga mereka tahu sendiri mengenai perkara ini,” ujarnya.

Suaminya juga menambah bahawa keikhlasan seorang ibu bapa itu sangat penting. Hal ini di mana, pengorbanan yang telah dilakukan adalah ikhlas dan rela jika apa-apa perkara berlaku.

“Belajar untuk jadi ikhlas. Jangan pernah terlintas sekali pun dekat hati atau otak ‘dia bukan anak aku’,” tambahnya.

Penerimaan jika ibu kandung hadir

“Kalau dalam fikiran, kita masih tak bersedia nak cari ibu kandung Ali. Kalau dia datang, nak berjumpa ke apa, cukup hanya sekali sahaja. 

“Kalau satu hari nanti Ali nak cari, kita kena terbuka walaupun tak bersedia. Terpaksa bersedia untuk waktu itu sebab kita perlu menjaga hati Ali,” kata Azuin.

Menurut suaminya, pandangan tentang perkara ini juga sama seperti isterinya.

“Kami tak pernah merancang untuk ada hubungan baik dengan ibu kandung Ali kalau dia ‘muncul’ nanti.”

Baca juga: Lelaki Ini Pernah Ambil Pil Hormon Seawal Usia 13 Tahun, Berhenti Bila Payudara Membesar!

Sumber: YouTube Sirap Limau Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×