Famili

“Sakit Tak Beranak?”- Gadis Usia 20 Hamil Anak Luar Nikah, Doktor Sebak Bila Tahu

1
SHARES
ANAK LUAR NIKAH

Anak luar nikah adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah.

Menerusi perkongsian seorang doktor dikenali Dr Fatin di laman TikToknya, dia meluahkan rasa sebak apabila mendapat tahu seorang gadis hamil anak luar nikah.

Baca juga: Individu Luah Rasa Kecewa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

GADIS HAMIL ANAK LUAR NIKAH, DOKTOR SEBAK BILA TAHU

ANAK LUAR NIKAH

Dr Fatin menjelaskan bahawa gadis berusia 20 tahun itu datang dari Segamat ke Johor Bahru menaiki bas dan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Lebih mengejutkan, perjalanan sejauh dua jam lebih tanpa ditemani dan seorang diri sahaja. Dr Fatin juga memberitahu keadaan gadis tersebut membuatkan dirinya begitu sebak.

“Perut dah besar dan Alhamdulillah bila scan, keadaan bayi dalam kandungan baik-baik sahaja,” luahnya.

Setelah difikir-fikirkan, Dr Fatin mengambil keputusan untuk menyuruh gadis tersebut membuka buku pink di Segamat demi keselamatan dia dan bayi.

Bila ditanya mengenai keberadaan teman lelakinya, gadis tersebut memberitahu si lelaki tidak ikut kerana baru lepas bergaduh. Gadis itu turut menjelaskan dia akan berkahwin selepas melahirkan bayi tersebut.

Sebelum gadis tersebut pulang ke Segamat, dia sempat bertanya mengenai kesakitan ketika bersalin dan soalan itu sangat meruntun hati Dr Fatin.

“Doktor nak tanya lagi satu, beranak nanti sakit tak?”

“Saya tak sangka dia akan tanya soalan ini dan gadis ini seperti anak kecil yang sedang bertanya kepada ibunya. Saya jawab beranak memang sakit, tapi InsyaAllah ada ubat dan boleh sembuh,” jelasnya.

Doktor Fatin turut menasihati agar gadis itu menceritakan perkara sebenar kepada ibu bapanya sebelum apa-apa perkara tidak diingini berlaku.

Dia turut menegaskan agar ibu bapa di luar sana sentiasa peka dalam mendidik anak tidak kira perempuan atau lelaki. Kedua-duanya memerlukan didikan yang tegas agar menjadi insan berguna.

Baca juga: Suami, Tak Perlu Tunggu Banyak Duit. Bahagiakan Isteri Cara Sendiri Lebih Baik

Sumber: TikTok Dr Fatin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×