Famili

Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

168
SHARES
kursus pengajian

Memilih kursus pengajian yang betul semasa menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan keputusan yang sukar. Mana tidaknya, kalau terlampau fokus kepada minat, ada masanya bahawa jurusan yang paling diminati tersebut tidak ‘laku’ untuk pasaran bekerja.

Inilah yang menyebabkan lambakan graduan yang tidak bekerja kerana telah melakukan pemilihan jurusan pengajian yang tidak betul. Untuk pengetahuan anda yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, terdapat beberapa senarai program yang tidak lagi memberikan pulangan faedah kepada bakal graduan.

Baca juga: Tiada Lagi Kes Anak Mengamuk Setiap Kali Naik Flight Bila Mak Ayah ‘READY’ Dengan 12 Cara Ini

KURSUS PENGAJIAN IPTA YANG TIDAK LAGI RELEVAN

Jadi, sejak tahun lepas sebanyak 38 program akademik di 19 buah Universiti Awam (UA) serata negara telah digugurkan. Hal ini kerana program-program tersebut didapati tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa dan masa hadapan. Program pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda yang digugurkan ini tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik buat graduan seiring dengan permintaan semasa industri.

Sebanyak 12 permohonan dilakukan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melupuskan program yang ti­dak lagi relevan. Permohonan dilakukan se­jak tahun lalu itu merangkumi tiga IPTA iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Antara program pengajian yang dilihat sebagai tidak relevan dan digugurkan adalah seperti berikut:

1.Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

-Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi) dengan Kepujian

2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

-Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

3. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

4. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

-Sarjana Sains (Kimia)
-Sarjana Sains (Matematik)

5. Universiti Utara Malaysia (UUM)

-Sarjana Sains (Perbankan Islam)
-Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

-Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)(Kepujian)
-Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam-Sekolah Rendah)(Kepujian)

7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
-Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin

8. Universiti Putra Malaysia (UPM)

-Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian
-Sarjana Pengurusan Air

9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

-Kejuruteraan (Elektrik-Telekomunikasi)
-Sains Komputer (Komputeran Industri)

10. Universiti Sains Malaysia (USM)

-Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Perancangan Bandar dan Wilayah)
-Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Rekabentuk Dalaman)

11. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
-Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Pembuatan)

12. Universiti Malaya (UM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka bentuk Produk)
-Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)

13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

-Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
-Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi)

14. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

-Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
-Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

-Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Kuasa & Pemacu) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

17. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

-Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Fotonik)
-Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Rangkaian Komputer)

18. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

-Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
-Sarjana Kejuruteraan (Kimia)

19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

-Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
-Sarjana Sains Kaunseling

kursus pengajian

Jadi, buat adik-adik atau mak ayah yang sedang tercari-cari program pengajian apakah yang sesuai dan sentiasa ‘laku’ bila-bila masa sahaja, pastikan bukan antara senarai program di atas ya!

Sumber: Utusan Malaysia, UPU Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×