Asuh

Tak Perlu Tengking, Mak Ayah Boleh Guna 5 Cara Tenang Tapi ‘Deep’ Ini Untuk Marah Anak

2
SHARES
cara marah anak

Mendidik dan melatih anak supaya membesar dengan elok bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula seringkali kita lihat di depan mata kita sendiri, mak ayah menggunakan cara marah anak yang tidak betul iaitu secara menengking. Malu jadinya anak-anak tersebut.

Oleh itu, seorang ayah di laman Facebook yang juga merupakan seorang guru berkongsikan lima cara untuk mak ayah gunakan sebagai langkah yang berkesan untuk marah anak. Bukan sahaja anak-anak tidak malu, malah mereka pun boleh mempelajari erti adab dari mak ayah.

Baca juga: Rupa-Rupanya Bayi Boleh Faham Setiap Pertuturan Mak Ayah Kalau Guna Cara Betul Macam Ini!

AYAH KONGSI CARA MARAH ANAK DENGAN BERADAB

cara marah anak

1. On the spot

Jika depan orang ramai pun saya akan panggil anak & marah dia on the spot. Ini supaya anak jelas dan faham atas kesalahan apa dia kena marah.

2. Eye contact

Marah secara berdepan, bertentang mata ( eye contact ) ini antara adab marah anak sebagai ayah yang pada saya sangat penting. Lagipun, bila ada eye contact baru la anak fokus pada kita.

3. Kategori

Setiap kesalahan ada kategori / tahap tertentu. Semua kesalahan tak sama cara marahnya.

Normal – Tahap normal cukup sekadar tegur elok elok & minta anak hati hati next time

Moderate – Ada ketika tegur ada ketika memang serius kena marah, bergantung pada situasi

Bad – Yang ini for sure kena tegas & marah serius. Selalunya kesalahan ini memang tak boleh dibiarkan & kena instant remove.

4. Ulang semula

Selepas marah atau tegur ayat saya yang saya akan minta anak buat ialah:

“Apa papa cakap tadi? Cuba ulang papa cakap apa?”

cara marah anak

5. Minta maaf

Akhir sekali jika perlu & berkaitan baru la saya akan minta anak minta maaf. Selalunya suruh dia minta maaf dengan ibunya, kalau buat salah pada ibu.. Marah anak tak salah tapi marah anak semberono tanpa mendodik hah itu boleh mengundang masalah besar kemudian hari nanti..

Wallahu a’lam..

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×