Asuh

Rupanya Senang Je Nak Main Role Play Dengan Anak 3 Tahun, Kuatkan Bonding Ayah & Anak!

4
SHARES
cara bonding dengan anak

Seringkali kita lihat selalunya anak-anak akan melalukan aktiviti belajar atau bermain bersama ibu dan kurang meluangkan masa bersama ayah. Janganlah begitu kerana masa untuk bonding bersama ayah juga amat diperlukan oleh anak-anak supaya menciptakan ikatan kasih sayang yang kuat. Oleh itu, penting untuk si ayah tahu cara bonding dengan anak dengan aktiviti yang dipanggil ‘role play’.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang ayah di laman Twitter, beliau berkongsikan aktiviti role play bersama anak disertai perbualan-perbualan menarik yang dapat menarik minat anak. Bukan sahaja melatih anak untuk berimaginasi, perbualan ini dapat mengeratkan hubungan ‘bonding’ antara ayah dan anak!

Baca juga: 4 Siri Kartun Yang Best Untuk Anak Belajar Baca ABC, Tak Ada Kandungan Merepek!

CARA BONDING DENGAN ANAK GUNA TEKNIK ROLE PLAY

cara bonding dengan anak

Role Play : Main Kereta

Rupanya senang ja nak main role play dengan anak 3 tahun. Aku dulu selalu blur nak main and cakap apa dengan anak aku.

Langkah 1: Siapkan tempat dengan keluarkan kereta mainan, trak, dan aksesori lain yang relevan seperti tanda trafik, patung mainan kecil, atau tikar bermain dengan jalan raya.

Langkah 2: Duduk bersama anak anda dan mulakan dengan

“Jom main kereta nak? Ayah ambik kereta biru. Anas nak main kereta warna apa?”

Bagi dia decide sendiri..

Langkah 3: Galakkan anak anda untuk memilih kereta kegemaran mereka dan tanya;

“Kita nak pergi mana? Nak pergi taman ke, ke nak pergi balik rumah maktok?”

Langkah 4: Semasa bermain, buat bunyi kereta dan ceritakan perjalanan dengan berkata;

“Oh, tengok tu! Kita sudah sampai di taman. Jom parking kereta kita dan main di buaian.”

Langkah 5: Teruskan berbual, ajukan soalan, dan layan anak korang punya respond.

Paling penting, validate semua anak korang punya reaksi. Sambil-sambil tu tambah ilmu anak kau sikit.

cara bonding dengan anak

Contoh:

“Wow, laju nya Anas bawak car. Tak accident ke?”

“Wow, Anas stop kereta. Sebab lampu merah ke”

Paling penting:

1. Tanya soalan

2. Banyakkan mendengar

3. Explain reasoning and logic

4. Gadget kau letak tepi. Focus ke anak je

Semua ni cara aku, korang boleh guna cara dan kreativiti korang ikut personaliti dan minat anak. Aku bukan pakar kanak-kanak, tapi aku percaya pasti ada ayah-ayah yang kengkadang jam kepala fikir nak main apa ngan anak.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @SyahrulAnuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×