Asuh

Ilmu Parenting Didik Anak Aunty Cina Ini Memang ‘Power’! Anak Semua Berjaya

15
SHARES
ilmu parenting mendidik anak

Seperti kisah yang dikongsikan Nurul Atika Moktar ini, pergi lah ke mana-mana sahaja memang mudah untuk peroleh ilmu parenting mendidik anak, terutama dari orang lama.

Menurut pencerita, banyak ilmu parenting yang dia pelajari dengan seorang aunty Cina ketika membeli barang basah dapur di pasar. Jadi, jom ikuti kisah beliau untuk mengambil manfaat bersam.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 6 Tips ‘Potty Training’ Seawal 2 Tahun, Bantu Anak Bebas Lampin Pakai Buang!

ILMU PARENTING MENDIDIK ANAK

ilmu parenting mendidik anak

Gambar: Nurul Atika Moktar

Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty Cina itu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 orang Master. Seorang kerja dekat China, seorang dekat Hong Kong.

“Anak kecil lagi macam ini jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam hari ini you pergi pasar.

“Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti bapa dia balik, suruh dia cerita sama bapa dia. Mak bawa pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”

“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy happy, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya.”

Baca juga: Resipi CAKOI LABU Untuk Bayi Usia Bawah 2 Tahun, Anak Cerewet Mesti Jatuh Cinta!

Ajar anak sifat berkongsi & ibu bapa jangan ego bila buat salah dengan anak

Bila bagi anak barang atau makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.

Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, itu bukan dia seorang punya. Lagi-lagi berkongsi dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan.

Kalau mak bapa ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry.”

Baca juga: Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

Jangan marah anak bila tak dapat nombor 1 di sekolah

Ada lagi.

“Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?

Jangan banding-banding anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecil. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang.”

Okay. Dekat sini mungkin aunty itu nak sampaikan yang rezeki masing-masing. Jadi, bersyukurlah.

Dia hanya cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum. Haa contoh. Tak ke kecil hati anak itu.)

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam dan ikan tadi. Pergi mana-mana pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ini ilmu parenting.

Thank you aunty.

Baca juga: Anak-Anak Jenis Susah Nak Disuruh? Rahsianya Kena Bina Rutin Mereka Dengan 5 Cara Ini!

Kredit penulisan asal: Nurul Atika Moktar

Sumber: Geng Suri Rumah

FT Image: Nurul Atika Moktar / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×