Asuh

Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

3
SHARES
dilema anak ramai

Keluarga yang memiliki ramai anak tidak akan terlepas daripada pelbagai jenis konflik, dari sekecil hal hingga sebesar perkara. Antaranya, anak-anak berebut akan perhatian dari ibu bapanya buat dirinya sahaja. Dilema anak ramai ini merupakan kebiasaan normal dihadapi oleh ibu bapa di luar sana.

Namun, pendekatan yang bijak dapat menangani konflik-konflik ini dan sekali gus mencapai keharmonian dalam rumah yang berkeluarga besar. Nak tahu caranya bagaimana, ikuti perkongsian dari Nurul Haziatul Munira yang memiliki dua anak ini.

Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!

DILEMA ANAK RAMAI

konflik anak ramai

Gambar: freepik

Dilema dua anak

Masa tak ada anak, teringin nak anak. Masa ada satu anak, teringin nak dua. Bila ada anak dua, pening kepala. Bukan semua yang kita rancang itu akan menjadi 100%, sebab Allah SWT sebaik-baik pengatur dan kita hanyalah hamba yang tiada daya upaya.

Bonda pernah alami situasi dekat atas ini. Keinginan nak anak waktu awal perkahwinan didorong oleh faktor nak merasa motherhood.

Lepas dah ada anak , keinginan nak anak kedua didorong oleh faktor rindu nak ada bayi kecil. Lepas dah ada dua anak, keinginan nak ketenangan itu didorong oleh kepenatan dan kebuntuan dalam nak menangani konflik dua hero yang makin lama makin pandai bermain emosi .

Baca juga: Masa Depan Anak Boleh ‘Gelap’ Jika Ibu Ayah Amalkan 7 Sikap Ini, Tak Sangka!

Jika tak uruskan betul betul, boleh kelam-kabut rumah. Boleh pecah belah hubungan adik-beradik, boleh berlaku pergaduhan dan yang paling teruk berlaku kerosakan institusi kekeluargaan .

Setiap ibu bapa yang ada dua anak atau lebih pasti akan duduk berfikir cara nak atasi masalah masalah biasa yang berlaku macam ini. Jadi, apa pendekatan yang boleh diambil? Bonda kongsi 3 pendekatan yang boleh diambil untuk langkah mula.

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Pelbagai perbezaan yang dihadapi ibu bapa anak ramai

dilema anak ramai

dilema anak ramai

Baca juga: Anak-Anak Jenis Susah Nak Disuruh? Rahsianya Kena Bina Rutin Mereka Dengan 5 Cara Ini!

CARA MENANGANI KONFLIK KELUARGA ANAK RAMAI

konflik anak ramai

Gambar: freepik

1. Hormati setiap individu di dalam rumah sebagai individu

Bermaksud, walaupun anak berumur 1 tahun mereka tetap manusia dan kita tak boleh layan mereka macam barang. Menghormati setiap individu bermakna tak boleh membandingkan mereka dengan yang lain, lebih-lebih lagi dengan adik-beradik mereka.

Perbandingan ini membuatkan mereka rasa tersinggung dan lemah jati diri. Malah, mereka akan membesar dalam keadaan sentiasa nak menjadi orang lain.

2. Belajar menyelesaikan konflik di antara anak-anak

Kadang kala, kita tak dapat elak nak rasa geram dengan anak yang banyak buat perangai. Tapi kita kena sedar yang mereka itu adalah hasil didikan kita sendiri. Maka, kita tak boleh layan mereka macam “failed-project”.

Dengan memilih kasih  kita sebenarnya yang meretakkan keluarga kita sendiri. Jangan deny, ini berlaku di seluruh dunia. Tetapi itu tak menjadikan ia OKAY untuk dilakukan. Sayang keluarga kan? Jom lah baiki.

Sesi mediasi sangat bagus untuk anak-anak. Jika anak masih belum boleh bercakap, kena ambil pendekatan lain.

3 . Personal time

Boleh melakukan aktiviti berasingan dengan anak pertama dan kedua untuk menunjukkan pada mereka bahawa kita masih fokus pada mereka, walaupun mereka mempunyai adik-beradik.

Asing bukan selamanya tapi lebih pada waktu nak beri personal touch.

Baca juga: 5 Cara Didik Anak Agar Pandai Hormati Guru, Baru Rekod Disiplin Cantik & ‘Clean’!

Sumber: Nurul Haziatul Munira

FT Image: Sekolah Bunda  / odua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×