Asuh

7 Kesan Buruk Bila Salah Didik Anak Sulung, Boleh Pengaruh Adik-Adiknya, Hati-Hati!

23
SHARES
fakta anak sulung

Fakta anak sulung yang tak dapat dinafikan ialah benih pertama yang dilahirkan oleh setiap pasangan. Di mana, golongan ini kebanyakannya dijadikan sebagai ‘eksperimen’ kepada ibu bapa yang baru berumah tangga dalam mendidik anak-anak mereka.

Pepatah ada menyebut, “bagaimana acuan begitulah kuihnya.” Sekiranya ibu bapa salah mendidik anak sulung, hasilnya dia akan membesar dalam ciri-ciri yang serba negatif. Maka, adik-adiknya yang lain akan dipengaruhi impak buruk tersebut kerana anak sulung kebiasaannya dijadikan contoh ikutan.

Justeru itu, berikut 7 kesan buruk bila salah didik anak sulung yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif.

Baca juga: Mommy Daddy Jangan Rasa Nak Nangis Dulu, Ini 7 Tips Kawal Anak Tantrum!

FAKTA ANAK SULUNG

fakta anak sulung

Gambar: our-team

1. Anak sulung mudah jadi pemarah (reaktif)

2. Anak sulung jadi terlampau sensitif (oversensitive)

  • Anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk

3. Anak sulung jadi terlampau dominan (bossy)

4. Anak sulung berubah perangai (first born syndrome)

  • Anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik-beradik yang lain dalam keluarga.
  • Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibu bapa dan ahli keluarga

5. Anak sulung jadi jauh hati dan suka memendam

  • Anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga
  • Mereka takkan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti

6. Gagal dalam hidup mereka

  • Anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak
  • Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain

7. Tempias pada adik-adiknya

Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan:

  • Mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya
  • Kita sebagai ibu bapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita

“Anak sulung ini kalau baik, baik sungguh tapi kalau rosak memang rosak habis kerana kesannya pada seluruh adik-beradik.”

Baca juga: Mak Ayah Boleh Amal Doa Jauhi Zina Ini Untuk Anak, Baca Untuk Diri Sendiri Pun Boleh..

Sumber: Taufiq Razif

FT Image: lifeforstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×