Asuh

Mak Ayah Boleh Amal Doa Jauhi Zina Ini Untuk Anak, Baca Untuk Diri Sendiri Pun Boleh..

1
SHARES
doa jauhi zina

Islam mendidik umatnya agar menghindari diri dari melakukan perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT seperti berzina mahupun berbuat maksiat. Oleh sebab itu, sebagai Muslim anda diwajibkan menerap ilmu agama di dalam diri anak-anak sejak masih rebung, termasuklah mengamalkan doa jauhi zina kepada mereka.

Perkongsian doa jauhi zina ini bukan sahaja untuk anak-anak sahaja, bahkan bermanfaat kepada orang dewasa juga. Ia telah dikongsikan oleh Ustazah Aminah Matt Yusof dan individu bergelar Musafir. Ikuti lafaz bacaannya di bawah.

Baca juga: 5 Jenis Perceraian Popular, Sampai Kena Bayar Semula Mas Kahwin Jangan Buat Main!

DOA JAUHI ZINA

doa jauhi zina

Doa yang wajib ibu ayah baca pada anak-anak supaya mereka benci melakukan maksiat. Boleh juga amalkan untuk murid di sekolah.

Semua ibu ayah mengharapkan seorang anak yang soleh solehah. Perkara yang paling ditakuti ialah jika anak-anak terjebak dengan perbuatan maksiat dan zina.

Baca doa ini sama-sama sambil tangan kanan letakkan di dada sebelah kiri. Amalkan pagi dan petang.

  1. Istighfar 3x
  2. Ayatul kursi 3x
  3. Surah Al-Qadr 3x
  4. Diikuti dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW supaya anak-anak benci kepada maksiat (letakkan tangan di atas dada anak-anak).

Baca juga: Hukum Suami Mengaku Bujang, Pasangan Berkahwin Kena Tahu!

Berikut merupakan lafaz doa jauhi zina yang boleh dibaca untuk diri anda sendiri, anak lelaki dan anak perempuan.

Diri sendiri

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبِي – Allahummaghfir Zanbi

وَطَهِّرْ قَلْبِي – Wa Tohhir Qalbi

وَحَصِّنْ فَرْجِي –Wa Hassin Farji

“Ya Allah! Ampunkan dosaku, sucikan hatiku dan jagalah kamaluanku (dari melakukan ZINA)” -HR Ahmad-

2. Anak lelaki

اللَّهُمّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ – Allahummaghfir dzanbahu wa thahhir qalbahu wa hassin farjahu.

3. Anak perempuan

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهَا وَطَهِّرْ قَلْبَهَا وَحَصِّنْ فَرْجَهَا – Allahummaghfir dzanbaha wa thahhir qalbaha wa hassin farjaha.

Maksudnya:

“Ya ALLAH sucikan lah hatinya dan ampunkanlah dosanya dan peliharalah kemaluannya”‍ 

Moga bermanfaat untuk semua. Jaga anak-anak, kerana mereka adalah saham akhirat kita.  

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

Sumber: Aminah Mat Yusoff / Musafir

FT Image: Quran Academy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×