Nur

Hukum Suami Mengaku Bujang, Pasangan Berkahwin Kena Tahu!

40
SHARES
hukum suami mengaku bujang

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh hukum syarak. Disebabkan itu, umat Islam digalakkan untuk mendalami ilmu munakahat, terutamanya berkenaan hukum suami mengaku bujang.

Adakah ucapan sebegitu menyebabkan sudah jatuh kepada talak? Sebelum itu, munakahat merupakan ilmu yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan. Justeru itu, bagi menjawab persoalan tersebut mari ikuti penjelasan dari mufti berkenaan hukum suami mengaku bujang.

Baca juga: Pasangan ‘Viral’ Makan Telur Goreng Buaya, Ini Hukum Makan Telur Haiwan!

HUKUM SUAMI MENGAKU BUJANG

hukum suami mengaku bujang

Gambar: freepik

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan nak tanya ustaz. Ada seorang hamba Allah datang bertanya kepada saya. Ceritanya secara ringkas begini.

Si isteri pulang ke kampung dengan membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik-cantik sedangkan hanya ke airport.

Dan si suami membalas dengan berkata, “nak keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ini”. Tapi hakikatnya hanyalah dengan niat gurauan tanpa ada maksud begitu.

Adakah kata-katanya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia? Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dengan gurauan, hakikatnya telah jatuh talak.

Boleh tuan mufti jelaskan. Sangat berharap tuan mufti boleh mmberi penjelasan tentang perkara ini.

JAWAPAN:

Waalaikumusslam wbt,

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:

1. Pertama: Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah.

Kalimah-kalimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.

2. Kedua: Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu.

Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya:

“engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

Dalam kes di atas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

  • Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga
  • Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya
  • Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda
  • Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi

Begitulah seterusnya.

Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan. Wallahua’lam.

Baca juga: Selalu Bungkus Bawa Balik Makanan Dari Majlis Orang? Ini Hukumnya, Jangan Buat Main!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×