Nur

Ini 10 Kesalahan Dalam Solat Yang Mungkin Terlepas Pandang, Mari Betulkan!

61
SHARES
kesalahan dalam solat

Solat 5 waktu merupakan amalan wajib yang dilakukan oleh umat Islam dan menjadi dosa besar jika meninggalkannya tanpa alasan yang jelas. Selain itu, anda juga perlu tahu rukun solat ada 13. Namun, kali ini penulis ingin berkongsikan mengenai kesalahan dalam solat yang dilakukan tanpa anda sedar.

Mari lihat senarai kesalahan dalam solat seperti di bawah.

Baca juga: “T. Rex, Brachiosauraus, Diplodocus…” Anak Obses Dinosaur Petanda Cerdik, Betul Ke?

10 KESALAHAN DALAM SOLAT YANG TIDAK DISEDARI

kesalahan dalam solat

Manusia memang tidak boleh lari dari sikap lupa dan alpa. Kesalahan ini dinyatakan bukanlah dengan tujuan untuk mencari kesalahan atau kekurangan seseorang tetapi sebagai iktibar dan penambahbaikan seseorang dalam ibadahnya.

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM SOLAT

1. TIDAK BERDIRI LURUS

Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat.

Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus.

Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan.

Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerianya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri.

2. TAKBIRATUL IHRAM DILAFAZKAN DENGAN SALAH

Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI. Maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .

Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3.  KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

kesalahan dalam solat

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. TIDAK THOMAKNINAH (BERHENTI SEKETIKA) DALAM RUKUK & SUJUD

Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:

“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Iaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

5. SUJUD YANG TIDAK SEMPURNA

Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah:

  • Muka (termasuk dahi dan hidung).
  • Kedua tapak tangan.
  • Kedua lutut.
  • Penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).

Sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Aku telah memerintahkan agar sujud ke atas tujuh tulang: ke atas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)

6. LAFAZ TAHIYYAAT AKHIR YANG SALAH

Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli.

Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini.

Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. SEBUTAN LAFAZ SALAM

kesalahan dalam solat

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah).

Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan, yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat.

Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli. Ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. TANGAN BERAYUN-AYUN SEMASA I’TIDAL

Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

9. TIDAK BERHENTI SEKETIKA

Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.

10. DADA BERPALING DARI KIBLAT

Pastikan tubuh anda sentiasa menghadap ke arah kiblat ketika solat.

Hakikatnya, terdapat banyak lagi kesalahan dalam solat yang masih ramai belum tahu tetapi telah dibiasakan hingga kini kerana tidak ada yang menegurnya. Justeru, sebarkanlah ilmu kepada mereka agar mereka sentiasa berjaga-jaga dan tidak mengambil ringan dalam hal solat.

Sumber: Facebook Mohd Ibrahim via Indahnya Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×