Famili

“Sangat Susah Sihir Nak Tembus…”- Ahli Sihir Russia Dedah Sukar Sihir Orang Islam Jaga Solat

102
SHARES

Tular sebuah video di Twitter baru-baru ini mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara mengakui dirinya sukar untuk menyihir orang Islam yang menjaga solat.

Baca juga: “Label ‘Mandul’ Bukan Untuk Mereka Yang Tiada Anak Tapi..”- Rupanya Ini Maksudnya…

AHLI SIHIR RUSSIA DEDAH SUKAR SIHIR ORANG ISLAM JAGA SOLAT

Gambar: Tangkap layar penyihir Rusia ketika menceritakan pengalamannya sukar menyihir orang Islam di dalam sebuah wawancara – Twitter CahayaSakinah_

Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.

“Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung.

“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pencipta mereka. Pencipta itu juga sangat protektif,” katanya.

DIA PERNAH MENCUBA MENYIHIR ORANG ISLAM NAMUN TIDAK BERJAYA

Gambar hiasan: Muslim.sg.

Tambah ahli sihir wanita itu, dia pernah mencuba untuk menyihir orang Islam namun kaedah yang digunakan seolah-olah tidak berkesan, malah ada kuasa ‘misteri’ akan muncul sebagai penghalang.

“Jadi usaha untuk menyerang Muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka,” ujarnya.

Sumber: Kosmo!Online / Twitter CahayaSakinah_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×