Asuh

“T. Rex, Brachiosauraus, Diplodocus…” Anak Obses Dinosaur Petanda Cerdik, Betul Ke?

3
SHARES
kanak-kanak meminati dinosaur

Sesetengah kanak-kanak suka akan permainan seperti anak patung dan kereta. Tidak ketinggalan juga terdapat kanak-kanak meminati dinosaur. Jika anak anda suka segala-galanya berkaitan dengan dinosaur, ia boleh menjadi tanda bahawa mereka sangat pintar.

Malah, ketaksuban mereka boleh memberi banyak manfaat seperti meningkatkan kemahiran linguistik kanak-kanak, antara lainnya. Jadi, apa lagi manfaat yang bakal diperolehi? Mari ikuti perincian di bawah.

Baca juga: Asyik Tergaru-Garu Vagina Akibat Gatal? Ketahui Punca & Cara Mengatasinya

KANAK-KANAK MEMINATI DINOSAUR

kanak-kanak meminati dinosaur

Sekiranya, anak anda benar-benar taksub dengan dinosaur dan boleh membezakan antara Brachiosauraus dan Diplodocus, maka ia boleh menjadi tanda bahawa anda mempunyai anak yang cerdik. Para saintis menamakan sikap ini sebagai intense interest atau minat yang mendalam.

Hal ini kerana, hasil kajian daripada University of Indiana dan University of Wisconsin mendapati, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap dinosaur mungkin mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi.

MANFAAT KEPADA KANAK-KANAK OBSESKAN DINOSAUR

Kajian pada tahun 2008 mendapati bahawa minat yang berterusan, terutamanya terhadap dinosaur, menyebabkan kecerdasan kanak-kanak meningkat.

Kajian lama yang telah dijalankan itu, mendapati bahawa kanak-kanak yang mengembangkan minat obsesif dalam perkara seperti dinosaur akan terus mengalami beberapa manfaat. Antaranya seperti:

  • Meningkatkan ketekunan yang lebih tinggi.
  • Mengembangkan pengetahuan.
  • Mempunyai fokus yang lebih baik.
  • Kemahiran berfikir yang kompleks seperti memproses maklumat.

Selain itu, cara kanak-kanak mengkaji dinosaur membantu mereka membangunkan strategi untuk menangani masalah sepanjang hidup mereka, jauh lebih baik daripada mereka yang tidak melakukannya.

SAMPAI BILA MINAT KANAK-KANAK AKAN BERTAHAN?

kanak-kanak meminati dinosaur

Ini mungkin terdengar seperti perkara yang bagus jika anak anda meminati dinosaur, tetapi jangan kecewa jika minat mereka terhadap dinosaur itu hilang.

Dalam kajian yang diterbitkan pada 2007, penyelidik yang membuat susulan dengan ibu bapa bersama sejumlah 177 kanak-kanak mendapati bahawa, minat mereka hanya bertahan antara enam bulan dan tiga tahun.

Terdapat beberapa sebab minat kanak-kanak atas sesuatu itu menjadi berkurangan. Salah satu yang terbesar ialah, masuk ke alam persekolahan.

Apabila memasuki dunia persekolahan, kanak-kanak mempunyai pelbagai sasaran yang perlu dicapai melalui pelbagai mata pelajaran yang ada. Hal ini telah menyebabkan ruang untuk bereksploitasi menjadi semakin berkurangan.

Minat yang begitu mendalam adalah perkara semulajadi untuk kanak-kanak. Kebanyakan obsesi ini akan berlalu dengan cepat, dengan hanya sekitar 20 peratus kanak-kanak mengekalkan minat mereka sehingga mula bersekolah iaitu berumur lima atau enam tahun.

Sumber: The Cut / Mirror

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×