Asuh

Ini Tips Pilih Permainan Kanak-Kanak Mengikut Umur, Bukan Semua Sesuai

7
SHARES

Sewaktu membeli permainan untuk kanak-kanak, pemilihan alatan dan jenis mainan sebaiknya diselarikan dengan perkembangan mereka (milestone). Perkongsian tips ini telah dikongsikan oleh OT Mahfuzah Zainol.

Baca juga: ‘The Terrible Twos’ Fasa Mengerikan Bagi Ibu Bapa Bila Anak Masuk Umur 2 Tahun

PEMILIHAN PERMAINAN HARUS SELARI DENGAN PERKEMBANGAN ANAK

Gambar hiasan: Google.com.

Terdapat dua kategori umur yang dibahagikan iaitu dari bayi berusia 0 hingga 8 bulan dan 18 bulan hingga 3 tahun. Jom lihat jenis permainan yang sesuai untuk perkembangan sensori si kecil seperti di bawah.

Tips memilih permainan untuk kanak-kanak mengikut umur sebagai rangsangan.

Pemilihan alatan dan jenis mainan seharusnya selari dengan perkembangan kanak-kanak (milestone). Kebiasaannya, saya akan tinggikan sedikit level mainan jika peringkat semasa telah dicapai. Itu untuk rangsangan.

Mainan yang saya nyatakan tidak semestinya wajib benda itu, ibu bapa boleh guna kemahiran berfikir untuk membeli mainan yang mempunyai konsep yang sama seperti yang dinyatakan.

0 HINGGA 8 BULAN

Gambar hiasan: dorahorvathphotography.co.uk

Bawah 1 tahun, permainan yang sesuai ialah berbentuk rangsangan sensori. Contohnya yang berwarna terang dan berbunyi.

Saiz haruslah besar kerana bayi pada peringkat ini mempunyai ‘sensory seeking’ di bahagian oral motor (sekitar mulut). Sebab itulah selalu nak masukkan segalanya dalam mulut.

Saiz yang dicadangkan ialah palmar size, sebesar tapak tangan bayi untuk digenggam. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Peringkat ini, kita nak ajar dia lihat, dengar, capai, sentuh, genggam dan seterusnya tekan.

Kemahiran lihat, dengar dan sentuh adalah sensori. Kemahiran mencapai dan menggenggam adalah untuk ‘motor coordination’. Kemahiran menekan ialah ‘precision skills’ dan merangsang ‘hand/finger strength’.

JENIS ALATAN MAINAN:

Gambar hiasan: Google.com.

  • Teether (boleh digigit untuk ‘sensory seeking’ sekitar oral motor).
  • Cermin.
  • Rattle.
  • Mainan tekan-tekan (cause and effect toys) – piano atau lampu.
  • Mainan berlampu untuk rangsangan visual.
  • Mainan berbunyi untuk rangsangan auditori.
  • Bola.
  • Soft toys.
  • Permainan beroda untuk rangsangan kemahiran berjalan.
  • Buih dan belon untuk rangsangan fokus dan ‘social appreciation’.
  • Stacking game.

18 BULAN HINGGA 3 TAHUN

Gambar hiasan: Google.com.

Peringat ini kanak-kanak sudah mula boleh berjalan dan bergerak sendiri. Banyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor.

Alatan permainan yang dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan pengalaman sensori.

KEMAHIRAN MOTOR KASAR:

Gambar hiasan: Google.com.

  • Bola (baling, sambut, sepak).
  • Bean bag (baling dan sambut).
  • Mainan panjang memanjat.
  • Trampoline untuk melompat.
  • Basikal.
  • Balance board.

KEMAHIRAN MOTOR HALUS:

Gambar hiasan: Google.com.

  • Blok. Susun menegak dan meniru bentuk.
  • Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation).
  • Manik dan tali.
  • Pensel atau crayon! Main lukis bentuk.
  • Gunting. Ajar pegang gunting dengan betul.
  • Buku sticker.
  • Fishing game.
  • Pegboard / Geoboard.
  • Lacing.

KOGNITIF:

Gambar hiasan: Google.com.

  • Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama. Start small. Exposure is very important.
  • Lego atau apa sahaja constructive toys.
  • Matching Puzzle.
  • Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun gambar, mengingat gambar/objek.

SENSORI:

Gambar hiasan: Google.com.

  • Play dough atau theraputty.
  • Pasir.
  • Tepung.
  • Air atau buih sabun.
  • Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek natural dari persekitaran.

SOSIAL / PRETEND PLAY:

Gambar hiasan: Google.com.

  • Set teapot (Hehe).
  • Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi.
  • Finger Puppet.
  • Set karaoke seperti microphone dan piano.
  • Teddy bear / doll.
  • Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.

Sekian, perkongsian sebagai ahli terapi carakerja kanak-kanak dan di pendidikan khas.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×