Asuh

‘The Terrible Twos’ Fasa Mengerikan Bagi Ibu Bapa Bila Anak Masuk Umur 2 Tahun

66
SHARES
the terrible twos

‘The Terrible Twos’ merupakan istilah yang telah lama digunakan untuk menggambarkan perubahan sikap yang berlaku sewaktu anak berusia dua tahun. Terdapat dalam kalangan ibu bapa yang beranggapan, ini adalah fasa yang ‘mengerikan’ kerana perubahan suasana hati dan perilaku anak yang begitu cepat berubah.

Contohnya, anak akan menunjukkan sikap tantrum yang boleh mencabar kesabaran ibu bapa seperti memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas, memukul, menendang dan sebagainya. Justeru itu, bagi menangani perubahan ini dengan berhemah mari ikuti penerangan tips dan formula yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais Salim.

Baca juga: Elak Anak Minum Air Botol Plastik Disimpan Lama Dalam Kereta Tengah Panas, Ganggu Hormon Badan!

NAK BERKERAS KE MENYERAH? INI DILEMA MAK & AYAH

Gambar hiasan: Erin Drago – Stocksy.

Nak berkeras ke nak menyerah? Dilema mak ayah bila anak dah mula masuk fasa “The Terrible Twos”.

Ini lah fasa di mana anak tak menerima kata “tidak” bila dia nak sesuatu.

Fasa paling dasyat dalam sejarah keibubapaan kerana ada satu tahap tu anak sampai boleh memukul, menendang, menyepak, mengigit, baling barang dan hempas badan untuk meluahkan protes bila tak dapat apa yang di minta.

Makin kita berkeras, makin menjadi pula tantrum dia. Bila kita menyerah, takut sampai di pijak kepala pula nanti. Aduh, dilema sungguh!

TIPS MENGENAI FASA ‘THE TERRIBLE TWOS’

Baik, di sini ada beberapa tips tentang anak fasa The Teribble Twos ni.

  • Fasa ini hanya normal semasa anak berumur 1-3 tahun. Jika berlarutan sampai ke 4/5 tahun itu tak normal.
  • Ketika umur 1-3 tahun perkembangan IQ dan Fizikal sedang melonjak naik. Berjalan, bercakap, sudah pandai meminta, belajar tentang emosi dan belajar tentang hak peribadi.
  • Antara semua perkembangan ni, emosi yang paling lemah sekali. Kerana mereka hanya pandai merasa tapi mereka tak pandai mengawal emosi tersebut.
  • Oleh sebab ini lah ketika mereka marah, tak puas hati, sedih, stress, frust, atau lost sekalipun mereka hanya ada satu je respon. Iaitu tantrum dan berkelakuan buruk.
  • Sangat bahaya jika kita marah, tengking atau memukul anak ketika emosi mereka sedang bergelora. Ini akan membuatkan otak reptilia anak menjadi makin ganas.
  • Itu yang tantrum makin lama makin menjadi jadi. Kalau hari ini kita berjaya diamkan anak dengan keganasan, tunggu la next tantrum dia pasti lebih ganas dari sebelumnya.

FORMULA 3R, CARA TERBAIK MENGURUSKAN MASALAH EMOSI ANAK

Cara terbaik untuk handle masalah emosi anak adalah dengan formula 3R

Gambar hiasan: fizkes – Getty Images.

1. REGULATE (TENANGKAN DIRI)

Fokus utama tenangkan emosi dan sensori anak dulu. Abaikan dulu walau apa pun anak dah buat.

2. RELATE (BINA CONNECTION)

Sebelum nak pujuk atau tegur dapatkan dulu connection. “Ibu tahu adik sedang sedih” atau “kakak marahkan bila adik buat macam tu”.

3. REASON (TERANGKAN)

Terangkan kenapa dia tak boleh buat apa yang dia buat. Beri alternatif kepada tindakan yang lebih baik. Kita bukan sahaja nak tenangkan tantrum anak tapi kita nak mendidik anak tentang Self-Regulation dan Self-Control.

Ini penting supaya masalah tantrum anak kita ni tak berterusan sampai ke tadika. Masa tu agak terlambat dah. Terlalu berkeras pun tak boleh. Terlalu lembut pun tak boleh juga. Kita kena duduk di tengah tengah.

Mak ayah kena kental dan tak terlalu ikut emosi. Boleh jadi tegas bila perlu, dan boleh jadi lembut jika mahu. Yang penting jangan emo bila anak tantrum.

Kalau nampak anak mengamuk tak tentu pasal tu bersabar la. Dia tak sengaja, dia budak baru belajar nak kawal emosi.

Wallahu A’lam.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

FT Image: Westend61/Getty Images.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×