Asuh

Cara Tingkatkan Daya Perhatian Anak, Anak Lebih Fokus Belajar!

85
SHARES

“Sofia~ Mari sini belajar dekat ibu. Tak mahu lari-lari macam tu, meh sini sayang~”

Anak kecil memberikan daya tumpuan ketika belajar terutamanya, memang sekejap tak mampu nak fokus lama-lama. Banyak-banyaklah bersabar wahai ibu bapa. Inilah cabaran yang perlu dihadapi dan tanggungjawab yang perlu digalas.

Justeru itu, mari ikuti panduan yang dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli untuk anak tingkatkan daya perhatian sewaktu memberikan mereka tugasan.

Baca juga: Anak Lelaki Pun Layak Menangis…Bunuh Diri Usia 14 Tahun, Anak Pendam Perasaan Tak Tunjuk Sisi Lemah

CARA TINGKATKAN DAYA PERHATIAN ANAK, ANAK LEBIH FOKUS BELAJAR!

Tak lama pun keupayaan anak untuk memberikan perhatian. Sebab fokus anak kecil ni tak lama seperti kita yang dewasa ni. Lagi kecik usianya, lagi singkat tumpuannya.

CARA TINGKATKAN DAYA PERHATIAN ANAK

1. Berada di paras mata mereka semasa bercakap.

Amat penting mata ibu bapa dan anak di paras yang sama ketika berkomunikasi. Ini untuk membantu mesej yang diberikan lebih sampai.

2. Arahan yang diberikan ringkas dan mudah untuk anak faham.

Jangan berikan arahan yang panjang-panjang. Anak masih belum faham, ‘kamus’ bahasa mereka masih sedikit lagi.

3. Mulakan dari tugasan yang mudah sebelum ke tugasan yang lebih mencabar.

Tugasan diberikan perlu secara berperingkat, mulakan dengan yang mudah dahulu. Jangan terlalu nak anak bijak cepat. Ambil lah masa wahai ibu bapa. Mereka akan bijak juga nanti dengan ajaran ibu bapa yang betul dan tidak memberi tekanan.

4. Berikan waktu rehat selama 5 minit bagi setiap aktiviti atau tugas.

Penting ya berikan masa rehat pendek ketika belajar. Kalau orang dewasa pun perlukan rehat ketika bekerja inikan pula anak kecil. Betul tak?

5. Buat aktiviti apa perkara yang mereka minat dan dalam kemampuan mereka.

Apabila ibu bapa ‘hidangkan’ aktiviti pembelajaran yang anak gemari, mereka akan lebih memberi fokus. Secara tak langsung, dapat meningkatkan pengetahuan si kecil dengan cepat.

6. Jauhkan anak dari gangguan sekeliling.

Banyak jenis gangguan antaranya ialah gadjet, makanan atau menonton kartun. Bukan tak boleh berikan mereka semua itu, tetapi ibu bapa perlu tegas dan pandai berhelah dengan mereka.

7. Berikan motivasi dan sokongan kepada anak.

Kalau anak dah tunjuk untuk memberontak tu, jangan dimarahkan pula. Beri kata-kata sokongan atau tipu helah dengan imbuhan yang baik. Contohnya, “Kalau harini adik dapat baca ABC, esok mak bawa adik pergi keluar berjalan.”

8. Mulakan sesuatu aktiviti dalam tempoh masa yang singkat dan tambah masa secara berperingkat.

Jangan terus beri waktu yang lama ketika beraktiviti dengan anak buat pertama kali. Bagi mereka masa untuk sesuaikan diri dulu dengan tempoh yang singkat.

Dekat sini pula saya kongsikan formula atau cara pengiraan anggaran attention span kanak-kanak mengikut umur mereka. Semakin kecil usia anak, semakin singkat attention span mereka.

Paling penting, kita perlu sentiasa membantu anak-anak untuk meningkatkan tahap fokus mereka dengan cara yang menarik dan menyeronokkan agar tidak rasa tertekan insyaAllah.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×