Asuh

Anak Lelaki Pun Layak Menangis…Bunuh Diri Usia 14 Tahun, Anak Pendam Perasaan Tak Tunjuk Sisi Lemah

164
SHARES

Seharusnya, ibu bapa tidak mendidik anak lelaki dengan menyatakan menangis itu ‘lemah’. Jangan halang anak menunjukkan rasa kesedihan. Khuatir mereka membesar kelak dengan emosi yang tidak stabil.

Pelbagai manfaat akan dapat apabila mengeluarkan air mata. Bila menangis segala kesedihan dan kedukaan akan berkurangan dan buatkan diri jadi lebih tenang selepas itu.

Begitulah seperti kisah ini, yang dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi untuk dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa di luar sana.

Baca juga: Hanya Guna Cawan Kertas, Teknik DIY Tingkatkan Kemahiran Anak Membaca Gabung Bunyi!

ANAK LELAKI PUN LAYAK MENANGIS…BUNUH DIRI USIA 14 TAHUN, ANAK PENDAM PERASAAN TAK TUNJUK SISI LEMAH

Ini adalah kisah seorang ayah bernama Jason Reid. Beliau macam kita semua. Ayah yang baik dan bertanggungjawab.

Tapi satu hari, terjadi saat momen yang traumatik buat dia dan ahli keluarga. Anaknya Ryan yang berusia 14 tahun, membunuh diri. Alangkah berkecai hati seorang ayah, yang selama ni sangka dah bagi yang terbaik untuk anak-anak.

Sebelum bunuh diri, Jason terima satu mesej dari Ryan,

“Dad, it’s not your fault. I love you. There’s nothing you could have done. Goodbye.” (Ayah, ini bukan salah ayah. Saya sayang ayah. Tiada apa yang ayah boleh lakukan. Selamat tinggal.)

Jason ambil masa bertahun-tahun untuk hadam, apa kekurangan dia sebagai seorang ayah kepada Ryan. Sampailah dia sedar satu perkara.

He showed up as an iron man in front of his kids (Dia tunjukkan sisi dirinya seorang lelaki yang sangat kuat di hadapan anaknya).

Jason Reid seorang CEO, coach CEO, pemegang tali pinggang hitam, penulis buku bisnes, pernah gagal dalam 13 bisnes, hampir 3 kali bankrup.

Tapi, segala air mata, rasa kecewa, sakit jatuh dari bisnes, dirahsiakan dari anak-anak dan keluarga.

Padanya, dia perlu lindung keluarga dia dari kesusahan yang dia rasa. Saya pasti ramai para bapa yang macam ni. Dan, acuan tu yang dipertahankan oleh Ryan. Anak beliau.

‘Lelaki mesti kuat. Tak boleh tunjuk lemah. Tak boleh tunjuk sedih.’

That’s the biggest frustration yang dia alami (Itulah kekecewaan yang paling besar Jason alami). Dan dia tak nak mana-mana parents lalui frustration yang dia lalui.

INI ANTARA PESANAN BELIAU:

1. ANAK LELAKI PUN LAYAK MENANGIS & TUNJUKKAN KELEMAHAN

Gambar hiasan.

“Even boys deserve to cry and show weakness.”

Stop saying these to our kids (Berhenti katakan ini kepada anak-anak),

  • “Lelaki mana boleh nangis.”
  • “Lelaki kena kuat.”
  • “Alah, benda kecik je.”

Lelaki pun ada perasaan. Jangan ajar mereka conceal & suppress feelings (sembunyi & sekat perasaan). Sebaliknya, ajar cara salurkan dan tangani.

2. IBU BAPA SENTIASA BERKONGSI CERITA DENGAN ANAK

Gambar hiasan.

“Share your story to our kids.”

  • Cerita dengan anak tentang rutin.
  • Kongsi pengalaman kita hadapi masalah, dan bagaimana kita bangkit selesaikan masalah tu.
  • Biar anak faham, tak mengapa sesekali rasa down. Pasti ada jalan untuk bangkit.

3. TUNJUK MINAT PADA MINAT ANAK-ANAK

Gambar hiasan.

“Tunjuk minat pada minat anak-anak.”

  • Belajar untuk memahami minat anak.
  • Ini membantu untuk dapatkan titik persamaan dan topik yang seronok untuk dibualkan bersama.

4. AMBIL MAKLUM TANDA ANAK TERTEKAN

Gambar hiasan.

“Alert their signs of stress”

  • Kalau anak lebih pendiam, mudah memberontak, suka menyendiri dan mood swing, jangan serang anak balik.
  • Ia mungkin petanda ‘red flag’ yang perlu kita ambil peduli.
  • Bantu supaya stres anak tidak capai ke tahap depresi.

5. JANGAN BERHENTI AMBIL PEDULI APABILA ANAK BERKATA “TIADA APA-APA”

Gambar hiasan.

Don’t stop when they say “Nothing”.

Ini antara yang paling Jason Reid sesali. Dia berhenti ambil peduli bila Ryan kata dia ok.

Beri anak ruang. Dalam masa yang sama beri jaminan yang kita sentiasa bersedia mendengar bila mereka bersedia nak berkongsi.

TINDAKAN SALAH:

  • “Talk to me now.” (Beritahu ayah sekarang)

TINDAKAN BETUL:

  • “You dont seem to be happy. You want to talk to me?” (Adik nampak tak gembira. Adik nak bercakap dengan ayah?)
  • “Hey, you can talk to me when you are ready.” (Adik boleh bercakap dengan ayah bila dah bersedia okay.)
  • “Adik, adik sentiasa ada mama kalau adik rasa sedih.”

CARA PEMIKIRAN LAMA ATAU ‘TABOO’ PERLU DIUBAH…

Gambar hiasan.

Kisah ni berlaku pada mak ayah di Amerika. Tapi, bukan petanda kita di Malaysia bebas dari isu masalah mental di kalangan anak-anak.

Kajian Morbiditi Kesihatan Malaysia, 1 dari 5 kanak-kanak dan remaja Malaysia struggle dengan masalah mental. Yang paling saya risau adalah, masyarakat kita masih tabu bab ni.

Masih wujud label seperti,

  • “Mengada-ngada.”
  • “Attention seeker.”
  • “Tak kuat iman.”

diberi pada anak-anak ini.

Bayangkan betapa hopeless nya mereka rasa.

Jason Reid kata, dia selalu dengar kisah anak orang bunuh diri. Dan dia tak pernah sangka dia akan lalui benda ni.

This mental health issues among kids are real beb! Dan bilangan dah bertambah nazak setiap tahun. Banyak sebab kanak-kanak sekarang diancam kemurungan.

  • Dibuli,
  • Tekanan dalam pelajaran,
  • Emotional neglection, (pengabaian emosi)
  • Exposure to gadget at the very young age, (didedahkan dengan gadjet pada usia sangat muda lagi)
  • Less communication to real human, (kurang berkomunikasi dengan manusia ‘sebenar’)

dan banyak penyebab lagi.

Jom parents. Reconnect with our kids and spouse. They need us. Really really need us. (Jom ibu bapa. Berhubung semula dengan anak-anak dan pasangan kita. Mereka perlukan kita. Betul-betul sangat memerlukan kita.)

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×