Ibu ayah selalu fikir kalau nak anak gembira mesti kena bawa keluar jalan-jalan. Salah sebenarnya, di rumah sendiri pun boleh gembirakan anak dengan buat 5 perkara seperti perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya.
Jelasnya, anak-anak membesar di rumah bukan di taman permainan. Jadi, gunalah peluang ini untuk memastikan kesihatan mental mereka terjaga.
Baca juga: Otak Si Kecil Berkembang Kalau Bawa Pergi Zoo, Lagi Awal Lagi Bagus!
ANAK GEMBIRA DUDUK RUMAH KALAU BUAT 5 PERKARA INI
1. Samakan masa kita dengan anak
Jika anak tidur kita pun kena tidur. Jangan anak tidur, kita buat kerja rumah. Lepas anak bangun tidur kita dah letih, tak bermaya nak layan dia.
Bila badan letih, itu yang senang melenting. Alah kita tidur bukan 2 hingga 3 jam, jangan ikut anak bangun baru nak bangun. Ambil nap time 30 minit sudah memadai.
2. Amalkan makan bersama-sama
Sunnah makan bersama-sama satu keluarga. Sambil makan tu berbual-bual la sedikit dengan anak dan pasangan. Tak kisah la masak sendiri ke, beli grab ke, yang penting makan bersama-sama. Inilah momen yang paling anak ingati sampai besar nanti.
3. Selalu sembang bersama
Mak ayah jangan la bila ada hal serius sahaja baru nak bercakap dengan anak. Asal panggil nak suruh, nak mengarah, nak tegur dan tanya kerja sekolah. Aduhai.
Small talk selalu. Sembang-sembang kosong. Anak suka kalau kita tanya pasal kehidupan dia. Baru dia rasa kita ambil berat. Tanya buat apa hari ni, suka main apa, hobi dia apa, warna kesukaan dan lain-lain.
4. Jadi macam customer service
Anak-anak tak perlu tahu pun pasal masalah mak ayah, itu masalah orang dewasa bukan masalah kanak-kanak. Anak tak faham ibu apa itu perkara yang normal, tapi kita tak faham anak itu masalah besar.
5. Layan anak ikut karakter
Ada anak definisi gembira mereka adalah dengan banyak berbual-bual. Ada anak hanya happy jika dapat panjat belakang ayahnya, dapat bergusti dengan orang tuanya.
Ada anak happy jika kita sikatkan rambut dia, suapkan dia makan dan bacakan buku. Gembirakan la anak-anak sesuai dengan karakternya.
Kalau ibu ayah buat semua 5 perkara ini, pasti rumah akan menjadi tempat paling bahagia.
Baca juga: Jaga Kucing Rupanya Boleh Rangsang Kemahiran Motor Anak, Memang Tak Sangka!
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim