Asuh

Jangan Biarkan Anak Jenis Sensitif Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Ikut 8 Tips PENTING ini

2
SHARES
MANGSA BULI

Kes buli di sekolah semakin menjadi-jadi dan perkara ini sudah tentunya membimbangkan ibu bapa. Menerusi perkongsian Puan Maryam Jamadi di laman Facebooknya, beliau menjelaskan bahawa anak jenis sensitif sering menjadi mangsa buli.

Jelasnya, mereka akan hanya menangis ketika dibuli kerana terlalu takut untuk melindungi diri sendiri. Sekiranya anak anda memiliki personaliti seperti yang dijelaskan, baca penulisan ini sampai habis.

Baca juga: Setiap Tahap Usia Ada Kemahiran Menulis Yang Berbeza-Beza, Cuba Ibu Ayah Check

ANAK JENIS SENSITIF JADI MANGSA BULI DI SEKOLAH

MANGSA BULI

Bila ada kes buli londehkan seluar kawan baru-baru ini, anak saya pun pernah kena buli juga dekat sekolah.

  • Duit kena ambil
  • Bekas pensil disorok
  • Botol air pecah
  • Alat tulis lesap
  • Buku kena conteng

Paling ekstrim baru-baru ini, ada kawan dia cucuk betul-betul tepi mata guna pensil. Sikit lagi nak kena mata.

Pengalaman saya berkerja dengan bermacam-macam personaliti anak, saya boleh simpulkan yang:

1. High need baby = sensitive child

Ini bermakna bayi jenis high need akan membesar menjadi anak jenis sensitif.

2. Masalah anak jenis high need adalah mereka terlampau sensitif dengan persekitaran. Sentiasa perlukan perhatian, sentuhan dan kasih sayang daripada mak atau ayah.

Terlampau peka dengan perubahan. Contohnya anak yang melekat 24 jam dengan mak, bila ayahnya peluk waktu dia tidur pun dia boleh tahu.

3. Bila anak masuk fasa toddler, mereka peka dengan perubahan muka orang, emosi orang lain dan tanggapan orang terhadapnya.

3. Disebabkan terlampau sensitif dan empati dengan perasaan orang lain, mereka mudah bertolak ansur dengan kawan dan orang lain.

4. Bila di tadika atau sekolah, jika salah pilih kawan memang boleh jadi target buli. Sebab anak jenis ini tak suka ada konflik, kalau boleh nak semua orang sayang dia.

5. Bagi anak jenis sensitif, tak apalah diri berkorban untuk orang yang dia sayang.

6. Baik dan bertolak ansur sangat sampai orang senang ambil kesempatan.

MANGSA BULI

INI APA YANG IBU AYAH BOLEH BUAT

Nasihat saya buat mak ayah lain yang ada anak jenis sensitif:

1. Percaya kebolehan anak.

2. Beri ruang dan masa untuk anak menangis, jangan marah anak menangis tak kiralah anak perempuan atau lelaki.

3. Sentiasa highlight kebolehan anak supaya keyakinan diri mereka meningkat.

4. Adil jika ada adik beradik lain, janganlah disebab anak jenis sensitif senang bertolak ansur kita sentiasa menangkan anak yang susah bertolak ansur.

5. Ajar anak cara selesaikan masalah dan konfik mengikut situasi.

6. Tolong jangan salahkan mangsa buli, sentiasa tekankan yang orang lain yang salah sebab membuli dan bukannya anak salah menyebabkan diri dibuli.

7. Backup anak jika memang anak berada di pihak yang betul, jangan biarkan ada campur tangan ahli keluarga lain.

8. Sentiasa ambil tahu tentang perihal di sekolah dan kawan-kawan.

Memang masa anak kecil, kita nampak anak jenis banyak menangis ini nampak lemah, nampak mudah dibuli-bulikan sahaja. Tetapi percayalah, ia bukanlah menandakan anak kita lemah atau mudah putus asa.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tahap Fokus Anak Mengikut Umur, Jangan Terkejut Kalau Si Kecil Asyik Tak Duduk Diam

Sumber: Facebook Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×