Asuh

Tahap Fokus Anak Mengikut Umur, Jangan Terkejut Kalau Si Kecil Asyik Tak Duduk Diam

2
SHARES
Tahap Fokus Anak

Setiap anak mempunyai keunikkan tersendiri dan kemampuan fokus yang berbeza-beza. Jadi, sebagai panduan ibu bapa di luar sana, kami kongsikan penulisan Puan Hanis Athirah Rusli mengenai tahap fokus anak mengikut usia masing-masing.

Persekitaran, minat, dan rangsangan juga dapat mempengaruhi kemampuan mereka untuk fokus. Lepas ini jangan risau kalau anak tak duduk diam ya.

Baca juga: Walaupun Ayah Garang, Tapi Banyak Benda Yang Anak Belajar Tentang Hidup

TAHAP FOKUS ANAK MENGIKUT USIA MASING-MASING

TAHAP FOKUS ANAK

Berapa lama anak boleh fokus?

1 tahun

– Pada tahap ini anak biasanya memiliki fokus yang singkat, sekitar 1 hingga 3 minit pada suatu objek atau aktiviti sebelum mereka teralih untuk memberi tindak balas kepada rangsangan yang lain.

2 tahun

– Si kecil sudah mula mampu fokus dalam jangka masa sekitar 4 hingga 10 minit sebelum mereka mulai ingin bergerak atau berpindah kepada aktiviti baru.

3 tahun

– Anak dapat fokus pada suatu tugas atau aktiviti selama kira-kira 6 hingga 15 minit sebelum mereka tertarik dengan sesuatu yang baru atau mula menjadi bosan.

4 tahun

– Ketika usia ini, anak sudah mampu fokus dalam jangka masa kira-kira 8 hingga 20 minit sebelum mereka merasa ingin bergerak atau berpindah kepada aktiviti lain.

5 tahun

– Pada tahap ini, anak mampu memberikan perhatian kepada suatu tugas atau aktiviti selama kira-kira 10 hingga 25 minit sebelum mereka rasa penat atau teralihkan perhatian.

TAHAP FOKUS ANAK

6 tahun

– Mereka mampu fokus dalam jangka masa kira-kira 12 hingga 30 minit sebelum mereka mula gelisah atau ingin mencuba sesuatu yang baru.

7 tahun

– Anak dapat fokus pada suatu tugas atau aktiviti selama kira-kira 14 hingga 35 minit sebelum bergerak atau berpindah kepada sesuatu yang menarik perhatian mereka.

8 tahun

– Ketika peringkat ini, anak mampu fokus dalam jangka masa kira-kira 16 hingga 40 minit sebelum mereka tertarik dengan sesuatu yang baru atau ingin mencuba perkara-perkara lain pula.

9 tahun

– Anak dapat memberikan perhatian kepada suatu tugas atau aktiviti selama kira-kira 18 hingga 45 minit sebelum mereka bergerak atau berpindah kepada aktiviti yang lain.

10 tahun

– Anak mampu fokus dalam jangka masa kira-kira 20 hingga 50 minit sebelum mereka lelah atau teralihkan perhatian.

Sebagai ibu bapa, penting untuk memberikan peluang dan pengalaman yang sesuai untuk membantu anak memperbaiki kemampuan fokus mereka seiring dengan perkembangan usia.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Semua Kicap Bagus Untuk Si Kecil, Ini Senarai Kicap Sesuai Untuk Anak

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×