Asuh

Bukan Semua Kicap Bagus Untuk Si Kecil, Ini Senarai Kicap Sesuai Untuk Anak

157
SHARES
KICAP UNTUK ANAK

Nak bagi si kecil makan memang susah. Kadang-kadang hanya memilih kicap sahaja untuk dijadikan kuah namun ibu ayah kena tahu bahawa tidak semua kicap sesuai diberikan dan pilihlah kicap untuk anak yang bersesuaian.

Seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan di bawah, terdapat beberapa jenis kicap yang memang bagus dan mengandungi nutrisi hebat untuk si kecil. Jom tengok!

Baca juga: Tak Mudah Tapi Berjaya, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Potty Train Anak Autism

KICAP UNTUK ANAK YANG BERSESUAIAN, JANGAN SALAH PILIH

KICAP UNTUK ANAK

Kena cuba tukar kicap di rumah, kalau anak suka sangat makan nasi sekali dengan kicap. Sungguh, kicap bukan makanan anak-anak kecil.

Tak elok untuk kesihatan tubuh badan dan otak anak. Boleh nak ambil kicap ttapi pastikan bukan setiap hari. Kalau anak tak boleh berpisah dengan kicap, cuba anda tukar kicap pilihan lebih baik untuk anak.

Kicap biasa di pasaran mengandungi:

Gula putih yang tinggi

– MSG berlebihan, beri kesan neurotoksin (toksik pada otak)

– Pewarna tiruan

Perasa tiruan

– Pengawet dan aditif

Semua ni tak elok untuk anak, apatah lagi anak bawah 2 tahun.

Dicadangkan agar ibu ayah di luar sana menggantikan kicap yang saya kongsi seperti di bawah. Rasa memang tak sama dengan pasaran tapi masih boleh diterima.

Untuk semua jenis kicap disarankan agar beri kepada anak apabila usia 2 tahun ke atas. Sebelum 2 tahun, banyak lagi makanan sihat yang bersesuaian untuk mereka.

Untuk anak lebih 2 tahun, boleh cuba beli kicap seperti di bawah ya:

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Memang Comel Kalau Baby Gelak Digeletek, Tapi AWAS Ada 5 Risiko Ini

Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×