Sihat

Kalau Anak Tak Sihat, Jangan Bagi 3 Benda Ini. Boleh Tambah Kahak Rupanya…

6
SHARES

Bila hidung tersumbat disebabkan selsema, si anak mesti tidak selesa dan mula meragam kerana tidak dapat tidur dengan lena. Pelbagai petua sudah dicuba oleh si ibu dan ayah tetap juga tidak menjadi kerana tiga benda ini masih diberikan kepada anak.

Sebenarnya, tiga benda di bawah ini perlu dielakkan ketika anak demam kerana ia boleh menyebabkan kahak lebih banyak sekali gus hidung tersumbat. Nak tahu apa? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: 8 Jenis Makanan Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang Amalkan

KALAU ANAK TAK SIHAT, JANGAN BAGI 3 BENDA INI. BOLEH TAMBAH KAHAK RUPANYA

Saya perasan, bila anak ambil makanan yang tinggi dengan 3 bahan ni, kahak akan makin bertambah.

1. Makanan yang ada tepung gandum

2. Susu dan produk tenusu

3. Makanan atau minuman tinggi gula

Maka, cara saya kurangkan penghasilan kahak anak-anak, adalah dengan hentikan sekejap 3 bahan ramuan ini dalam makanan anak selagi mana anak tak sihat.

Tak lama pun, dah sembuh nanti dia mesti nak makan roti yang saya buat. Makanan apa yang perlu dibanyakkan, semestinya buah dan sayur. Tapi, perlu jugak perhatikan mana yang sesuai dengan anak kita, mana yang tak sesuai.

Ada anak makan tembikai, kahak makin banyak. Ada anak makan pisang, batuk makin teruk. Ada anak makan manggis, asma tak terkawal. Apa pun makanan walaupun real food, tak semestinya serasi dan sesuai untuk semua.

Yang pasti, segala jenis makanan ultra proses tinggi gula, MSG, pengawet, pewarna dan perasa tiruan, yang ini memang wajib saya jauhkan dari anak-anak terutama waktu mereka sakit.

Ini gambar kahak anak saya dengan hanya 3 kali sedutan. Nasal aspirator macam ni, saya suka guna kalau anak-anak batuk atau selsema.

Kalau ada anak kecil, kena standby nasal aspirator dekat rumah tau. Manual boleh, elektrik pun boleh, mana yang korang suka. Anak kecil, tak pandai nak bagitahu hidung mereka tersumbat, tak pandai nak keluarkan kahak melalui mulut dengan sendiri.

Tugas kita lah untuk bagi anak selesa tidur malam dengan kurangkan kahak mereka. Biarlah tak dengar bunyi kahak waktu bernafas pun. Saya akan cuba juga sedut setiap kali lepas anak mandi dan mesti akan keluar walaupun sedikit.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×