Sihat

8 Jenis Makanan Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang Amalkan

15
SHARES

Pengambilan makanan untuk pesakit buah pinggang perlu dititikberatkan. Ini kerana mereka yang menghidap penyakit ini perlu tahu cara terbaik untuk menguruskan penyakit dengan diet yang betul dan pemakanan yang sesuai.

Tahukah anda, pesakit buah pinggang tidak boleh makan sesuka hati? Di sini, kami kongsikan 8 jenis makanan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang amalkan.

Baca juga: Ini 8 Jenis Makanan Kurang Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

8 JENIS MAKANAN SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG AMALKAN

1. Roti putih 

Roti putih lebih disyorkan kepada pesakit buah pinggang berbanding roti wholemeal. Ini kerana kerana kandungan potassium dalam roti putih lebih rendah berbanding roti wholemeal

2. Nasi Putih 

Nasi putih adalah lebih sesuai bagi pesakit buah pinggang berbanding nasi beras perang atau beras rebus (parboiled rice). Ini kerana beras putih lebih rendah kandungan potassium berbanding beras perang dan beras rebus.

Walaubagaimanapun, nasi beras perang bagus bagi pesakit biasa (selain pesakit buah pinggang) untuk bantu turunkan darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.

Sebaliknya, beras perang bantu untuk turunkan kolesterol dan gula dalam darah. Bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis.

3. Daging 

bahagian daging lembu

Kandungan potassium dalam daging itik adalah 204 mg manakala daging ayam adalah 223 mg . Daging kambing pula tinggi sedikit kandungan potassiumnya iaitu 310 mg dan daging lembu pula 318 mg*

4. Sotong, Kerang, Ikan dan Udang 

Udang menunjukkan kandungan potassium terendah iaitu 259 mg. Diikuti dengan ketam (262 mg), sotong (273 mg) dan kerang (314 mg). Ikan sardin pula lebih rendah potassium (397 mg) berbanding ikan kembung (401 mg) dan ikan merah (417 mg). Ikan makerel pula tinggi kandungan potassium iaitu 520 mg*.

5. Sayur-Sayuran Rendah Potasium 

Di antara sayur-sayuran rendah potassium adalah taugeh (79 mg), terung (229 mg), kacang panjang (240 mg), kobis bunga (299 mg), brokoli (316 mg) dan sawi (384 mg). Petola pula menunjukkan kandungan potassium yang agak tinggi (453 mg)*.

6. Buah-buahan 

Rambutan rendah kandungan potassium (84 mg), diikuti dengan epal (107 mg), nanas (109 mg), strawberi (153 mg), mangga (168 mg), betik (182 mg) dan anggur (191 mg)*. Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.

7. Minyak Zaitun 

Minyak zaitun kaya asid lemak tak tepu yang dikenali sebagai asid oleik dan bahan ini mempunyai sifat anti-radang. Satu sudu (13.5 g) minyak zaitun hanya mengandungi 0.1 mg potassium dan 0 mg fosforus. Justeru, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk pesakit buah pinggang.

8. Nanas 

Nanas lebih sesuai kerana kandungan potassium lebih rendah berbanding buah-buahan tropika lain. Kandungan potassium dalam nanas adalah 109 mg* berbanding kandungan potassium dalam pisang iaitu 358 mg*. Nanas juga mengandungi enzim bromelain yang bertindak sebagai antiradang dan boleh elakkan tisu jadi mengeras.

Elakkan mengambil makanan yang tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×