Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk seperti kacang. Fungsi organ berkenaan adalah untuk menapis bahan-bahan tertentu daripada darah untuk dibuang melalui air kencing dan buah pinggang adalah organ pertama yang menerima darah.
Buat pesakit buah pinggang, berikut merupakan 8 jenis makanan kurang sesuai untuk dimakan dan perlu dielakkan bagi memastikan kesihatan kekal elok.
8 JENIS MAKANAN KURANG SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG
1. Minuman ringan
Sesetengah minuman ringan patut dielakkan oleh pesakit buah pinggang kerana ia mengandungi fosforus yang tinggi. Kandungan fosforus yang tinggi dalam darah boleh membuatkan tulang jadi lemah dan tingkatkan risiko tulang patah.
2. Susu
Susu kaya fosforus, potassium dan protein. Kajian menunjukkan 1 cawan susu mengandungi lebih 200 mg fosforus dan lebih 300 mg potasium. Meminum terlalu banyak susu boleh tingkatkan risiko reput tulang di kalangan pesakit buah pinggang.
3. Roti wholemeal, beras perang & beras rebus
Kandungan fosforus dan potassium yang tinggi dalam roti wholemeal beras perang dan beras rebus.
4. Avocado
Avocado merupakan sumber diet sihat, walaubagaimanapun pesakit buah pinggang perlu elakkannya. Ini kerana kandungan potassium dalam buah avocado (485 mg/100g) adalah lebih tinggi berbanding pisang (385mg/100g).
5. Air kelapa
Memandangkan kandungan potassium agak tinggi dalam air kelapa muda (lebih 200mg/100ml), pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilan air kelapa tua atau muda.
6. Pisang
Pisang adalah sumber kaya potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.
7. Honeydew
Kajian menunjukkan honeydew lebih tinggi (228 mg/100g) kandungan potassium berbanding tembikai (112 mg/100g).
8. Jus Oren
Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.
Bagi pesakit buah pinggang, pastikan anda tidak mengambil senarai makanan di atas secara berlebihan kerana risau akan memudaratkan kesihatan.
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi