Asuh

Memang Comel Kalau Baby Gelak Digeletek, Tapi AWAS Ada 5 Risiko Ini

24
SHARES
BAHAYA GELETEK ANAK

Pasti ramai dalam kalangan kita selalu menggeletek bayi untuk membuatkan mereka ketawa. Walaupun nampak seperti biasa tetapi sebenarnya ibu ayah kena tahu tentang bahaya geletek anak sekiranya dilakukan secara berpanjangan.

Lima sebab di bawah ini jangan sesekali ambil mudah kalau anda sayangkan si kecil.

Baca juga: Tak Mudah Tapi Berjaya, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Potty Train Anak Autism

BAHAYA GELETEK ANAK SELALU, INI 5 SEBABNYA!

BAHAYA GELETEK ANAK

1. JANTUNG BERDEGUP LAJU

Ini kerana bayi tidak tahu untuk suruh anda berhenti. Tanpa disedari bahawa ia boleh menyebabkan risiko kekejangan bayi.

2. SENSITIF DENGAN SENTUHAN

Sekiranya ibu ayah terlalu kerap menggeletek anak, ini akan membuatkan si kecil keliru dengan sentuhan sehingga menyebabkan dia mejadi terlalu over protective bila disentuh.

3. PENAT & LELAH

Bayi ketawa apabila digeletek kerana itu merupakan tindak balas semula jadi. Walaupun kelihatan seperti sedang bergembira namun ia akan membuatkan si comel kurang nafas dan tercungap-cungap untuk mendapatkan udara.

Selain itu, aktiviti ini akan menyebabkan bayi sakit dada dan perut. Jadi, menggeletek bukanlah aktiviti yang bagus untuk dilakukan setiap masa. Kena berpada-pada!

4. KECEDERAAN FIZIKAL

Walaupun nampak seperti tidak mendatangkan bahaya tetapi perlu diingatkan bahawa kulit bayi sangat sensitif dan halus. Sekiranya anda menggeletek dengan terlalu kuat dan kasar, ia boleh menyebabkan kemerahan dan kecederaan.

5. SUSAH SENDAWA

Bayi mungkin akan mengalami masalah susah sendawa selepas menyusu sekiranya terlalu lama digeletek. Selain itu, aktiviti menggeletek boleh membuatkan si kecil mudah muntah makanan dah minuman mereka kerana tidak selesa.

Dinasihatkan untuk tidak menggeletek anak sekiranya:

Selain menggetelek, ada juga beberapa aktiviti lain untuk bermain dengan bayi. Antaranya adalah:

  • Menyanyi
  • Mengurut
  • Memandikan
  • Melakukan senaman
  • Menggoyang dan menepuk
  • Membaca buku

Jadi, pastikan anda memilih aktivit lain dan lebih bersesuaian sekiranya ingin membuatkan si kecil gembira.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Walaupun Ayah Garang, Tapi Banyak Benda Yang Anak Belajar Tentang Hidup

Sumber: TikTok, Very Well Family & Parenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×