Sihat

Kalau Ada Luka Bau Busuk Di Kaki Kena Hati-Hati, Mungkin Sebab Kencing Manis

24
SHARES
Luka Kencing Manis

Luka kencing manis di kaki adalah komplikasi yang biasa berlaku sekiranya anda penghidap penyakit kronik tersebut. Kudis boleh terbentuk apabila tisu kulit rosak dan menjejaskan lapisan di bahagian bawah.

Untuk penjelasan lanjut mengenai luka kencing manis, ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: 10 Manfaat Berjalan Kaki Yang Anda Tak Sangka, Dah Tahu Ini Mesti Buat Ya!

TANDA LUKA KENCING MANIS DI KAKI, JANGAN ABAIKAN

Luka Kencing Manis

Tanda-tanda luka di kaki akibat diabetes tidak selalu jelas. Ini kerana kadang-kadang tiada sebarang gejala sehingga luka dijangkiti.

Walau bagaimanapun, beberapa ciri luka di kaki anda perlu perhatikan adalah:

1. PERUBAHAN KULIT & KUKU KAKI

Ciri utama yang perlu diperhatikan adalah perubahan pada kulit atau kuku kaki.

2. ADA KELUAR NANAH

Jika luka dijangkiti, biasanya nanah dan cecair pekat akan keluar daripada luka.

3. LUKA BERBAU BUSUK

Luka pada kaki akibat kencing manis juga boleh mengeluarkan bau yang mengganggu kerana terlalu busuk.

4. SAKIT, BENGKAK & KEMERAHAN

Sekiranya luka di kaki menyakitkan, kemerahan dan bengkak, itu mungkin disebabkan diabetes.

5. ADA ESCHAR

Buat anda yang tak tahu, eschar adalah tisu hitam yang terbentuk di sekeliling luka. Ini kerana kekurangan darah sihat di kawasan luka tersebut.

PUNCA BERLAKUNYA ULSER KAKI DIABETES

Luka atau ulser pada bahagian kaki untuk penghidap diabetes biasanya disebabkan oleh:

Tahap glukosa tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf yang dipanggil neuropati. Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, tetapi paling kerap berlaku di bahagian kaki.

Kerosakan pada saraf ini boleh menyebabkan kebas dan membuatkan penghidap diabetes tidak menyedari ada luka di kaki.

Selain itu, diabetes juga boleh menjejaskan aliran darah. Orang yang menghidap diabetes lebih berkemungkinan menghidap penyakit arteri periferal iaitu arteri menjadi sempit atau tersumbat.

Luka Kencing Manis

TIPS ELAK LUKA KAKI AKIBAT DIABETES

Luka di kaki akibat kencing manis boleh dielakkan dengan memastikan paras gula dalam darah kekal stabil. Selain itu, anda juga boleh cuba tips di bawah:

  • Basuh kaki anda setiap hari
  • Potong kuku kaki dengan kerap tetapi jangan terlalu pendek
  • Pastikan kaki kering
  • Tukar stoking dengan kerap
  • Pakai kasut yang sesuai

Jangan lupa dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semoga bermanfaat dan jaga kesihata diri.

Baca juga: Anda Boleh Terkena Penyakit Ini Kalau Makan Garam Lebih 2 Sudu Setiap Hari, Bahaya!

Sumber: Healthline & Michigan Medicine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×