Sihat

Anda Boleh Terkena Penyakit Ini Kalau Makan Garam Lebih 2 Sudu Setiap Hari, Bahaya!

10
SHARES
KURANGKAN GARAM

Garam merupakan punca utama darah tinggi. Sekiranya anda menggunakan hampir 2 sudu teh setiap hari, disarankan untuk kurangkan garam dalam kehidupan kerana akan mengganggu kesihatan tubuh seperti pendarahan dalam otak akibat strok.

Dengan mengehadkan pengambilan garam kepada hanya satu sudu teh sehari, risiko serangan jantung dan strok boleh dikurangkan sebanyak 25%.

Baca juga: Rupanya Ada 7 Kebaikan Jagung Untuk Ibu hamil, No. 6 Itu Mengurangkan Risiko Kecacatan!

MACAM MANA NAK KURANGKAN GARAM DALAM KEHIDUPAN?

KURANGKAN GARAM

Mana mana? Ini caranya:

1. Elak letak garam waktu masak. Tutup api, hidang dan rasa dulu sebelum makan. Bila tengah makan rasa kurang masin, baru tambah garam ke pinggan sendiri.

2. Kurangkan penggunaan sos, kicap, perasa dan stok kiub atau serbuk. Semua bahan itu ada garam yang tersembunyi.

3. Ganti garam dengan perasa asli seperti lada sulah, rempah ratus, daun basil, daun oregano dan macam-macam rempah lain yang boleh digunakan untuk melazatkan makanan.

4. Kurangkan makanan berproses termasuklah bahan mentah yang diproses. Contohnya sosej, nugget dan daging burger. Semua itu ada garam.

5. Kalau terpaksa makan luar, elak ambil kuah. Kuah banyak garam, minyak, gula dan lemak.

Perlu diingatkan bahawa garam bukit, garam ungu, garam buluh, garam kasar atau apa jenis garam sekali pun, sama sahaja kandungan sodium dia. Kurangkan! Bukan ganti garam lain.

Jom cuba kurangkan garam dalam masakan. InsyaAllah usaha ini akan jadi ibadah juga.

Amalkan kehidupan sihat untuk badan cergas dan otak cerdas!

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Baca juga: 10 Manfaat Berjalan Kaki Yang Anda Tak Sangka, Dah Tahu Ini Mesti Buat Ya!

Sumber: Facebook Dr Amirul Amzar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×