Sihat

Rupanya Ada 7 Kebaikan Jagung Untuk Ibu hamil, No. 6 Itu Mengurangkan Risiko Kecacatan!

27
SHARES
JAGUNG UNTUK IBU HAMIL

Ramai yang tak tahu bahawa manfaat jagung untuk ibu hamil memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana ia mengandungi vitamin C, B1, B5, serat makanan dan magnesium. Jom ketahui lebih lanjut khasiat jagung untuk ibu hamil. Rugi kalau tak amalkan!

Baca juga: Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

MANFAAT JAGUNG UNTUK IBU HAMIL, SEDAP & BERKHASIAT!

JAGUNG UNTUK IBU HAMIL

1. MENINGKAT KOLESTEROL BAIK

Pengambilan minyak kulit jagung semasa hamil boleh menggalakkan pengurangan LDL plasma dan meningkatkan kehadiran kolesterol baik dalam badan.

2. MENINGKATKAN IMUNITI

Jagung kaya dengan vitamin A. Jadi, ia boleh memberi manfaat kepada kulit, meningkatkan imuniti dan daya ingatan ibu semasa hamil.

3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Jagung mengandungi sebatian fenolik seperti asid ferulik yang dapat mengurangkan risiko kanser.

4. MENYIHATKAN MATA BAYI

Jagung kaya dengan anti oksidan seperti lutein yang memainkan peranan dalam meningkatkan penglihatan bayi dalam kandungan.

5. MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Makan jagung semasa hamil boleh meningkatkan daya ingatan ibu. Selain itu, ia juga boleh mengalakkan perkembangan otak janin.

6. MENGURANGKAN RISIKO KECACATAN

Jagung mengandungi asid folik yang dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan seperti Spina Bifida.

7. MENGELAKKAN DARIPADA SEMBELIT

Jagung adalah sumber serat pemakanan yang sangat baik dan membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti sembelit.

Tidak dinafikan, jagung sememangnya mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk ibu hamil. Tetapi anda harus berhati-hati dan tidak memakan jagung secara berlebihan kerana boleh mengganggu sistem pencernaan.

Pastikan makan jagung dalam masa beberapa hari selepas membelinya dan simpan jagung di dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini 15 Pengganti Gula Selain Madu, Memang Bagus Untuk Kesihatan

Sumber: Parenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×