Dapur

Cara Siang Sotong Kembang Dengan Betul, Tak Liat & Wangi

6
SHARES
cara siang sotong kembang

Cara siang sotong kembang dengan betul memainkan peranan penting kerana kalau salah teknik, sotong akan lebih liat dan berbau hanyir.

Rugi kalau dah masak sedap-sedap tetapi terpaksa dibuang kerana tidak dapat dimakan. Oleh itu, jom cuba cara siang sotong kembang paling ekspres dan mudah.

Baca juga: Guna 1 Bahan Sahaja Boleh Elakkan Kutu Beras, 2 Tahun Pun Elok Lagi!

CARA SIANG SOTONG KEMBANG PALING EKSPRES, WANGI & TAK HANYIR

cara siang sotong kembang

Bahan-bahan diperlukan:

  • Sotong kembang
  • Air
  • Serai
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Garam

Cara-cara:

1. Sediakan air rebusan yang dicampur serai, halia, bawang besar, bawang putih dan sedikit garam.

2. Bila air dah mendidih, celur sotong ke dalam air rebusan. Jangan terlalu lama. Cukup sekadar sotong masak dan lembut. Lebih kurang 7 minit sahaja.

3. Toskan dan biarkan sejuk sebelum tarik bahagian ekor atas dan lapisan yang melekat di badan sotong.

4. Bersihkan seperti biasa dan potong mengikut saiz yang bersesuai. Pastikan cuci sekali lagi sebelum dimasak ya.

Campuran air rebusan yang digunakan adalah untuk membuatkan sotong lebih wangi dan sedap.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buang Tahi Udang Tanpa Perlu Kupas Kulit, Berdesup Dah Siap!

Sumber: Sinaran Wanita 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×