Dapur

Cara Pilih Jenis Sotong Segar Di Pasar Ramai Tak Tahu, Manis Bila Dimasak Lain Macam!

51
SHARES
jenis sotong

Mempunyai tugasan memilih pelbagai jenis sotong di pasar bukanlah perkara yang mudah seperti yang disangkakan. Kalau dilihat, semuanya sama dan tidak tahu yang mana satu merupakan sotong yang segar. Bukannya apa, bila sotong yang dibeli masih segar, rasa masakan pun akan bertambah sedap kan?

Jadi, jangan risau khususnya buat para suami yang perlu membantu isteri membeli barang basah di pasar, ini merupakan ciri-ciri sotong segar yang anda boleh pilih di pasar.

Baca juga: Petua Buat Cendawan Goreng Tepung Jadi Rangup Krup Krap, Campur 3 Tepung Ini

TIPS PILIH JENIS SOTONG SUPER SEGAR!

jenis sotong

Tips no 2 tu kene hadam tau….

1. Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggal apabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik dan tidak sembab.

2. Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam (Kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.

3. Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.

4. Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan.

Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais:

-Pertama, untuk mengekalkan kesegaran

-Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong. Apapun rujuk semula point 1,2, dan 3.

Jadi, begitulah serba sedikit tip untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu anda untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar dan pastinya masakan rasanya lebih padu!

*Sotong yang segar-segar ini biasanya manis dia perghh lain macam sikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar esok!

Baca juga: Cara Masak Sambal Sotong Paling Sedap RAHSIA Air Tangan Ibu, Mesti Anda Akan Dicemburui!

Sumber: Apron Exclusive Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×