Sihat

Walaupun Bau Busuk Satu Kampung Tapi 7 Manfaat Jering Ini Boleh Buat Anda Jatuh Cinta!

14
SHARES
khasiat jering

“Walaupun jering ni baunya agak busuk, tetapi banyak khasiat jering ni tau. Buat ulam memang sedap!”

Setiap kali melihat orang tua mengambil buah jering sebagai ulam, pasti kita akan tutup hidung kerana bau jering yang sangat kuat dan tidak enak. Namun, ramai juga yang mengatakan bahawa walaupun baunya tidak menyenangkan tetapi rasa jering ini mampu untuk memikat selera sesiapa sahaja.

Jadi, berikut merupakan khasiat buah jering yang ramai tak tahu dan boleh amalkan bermula dari sekarang. Sekali cuba pasti nak lagi!

Baca juga: 7 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Keinginan Batin, Pasti Lebih ‘Puas’!

7 KHASIAT JERING YANG ANDA TAK TAHU WALAUPUN BAUNYA BUSUK

khasiat jering

Foto: Wikipedia

1.Merawat paras gula dalam darah

Mempunyai rasa yang pahit-pahit berlemak, jering juga mampu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah. Terdapat juga kajian yang dilakukan terhadap tikus menunjukkan masalah diabetis dan paras gula dalam darah menurun setelah 12 minggu. Ia juga mampu memberi manfaat kepada kesihatan mata, pankreas dan paru-paru tikus yang mempunyai diabetes tersebut.

2.Potensi mencegah penyakit kardiovaskular

Apa itu penyakit kardiovaskular? Jering juga berpotensi untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung atau gangguan pembuluh darah. Dengan mengambil jering secara berkala, ia juga mampu menjadikan jantung kembali sihat dan mencegah serta melindungi penyakit jantung koronari.

3.Potensi mencegah kanser

Selain penyakit kardiovaskular, jering juga berpotensi mencegah penyakit kanser yang digeruni ramai. Kajian menunjukkan ekstrak biji jering mempunyai potensi sebagai anti-kanser dalam menghalang pembentukan kanser di dalam badan manusia. Hal ini kerana jering tinggi dengan fenolik yang mempunyai tinggi aktiviti antioksidan seterusnya mampu mencegah kanser.

4.Mengurangkan batu karang

Anda ada masalah sistem pundi kencing? Ini menandakan bahawa batu karang sedang ‘berleluasa’ di buah pinggang anda. Inilah yang merupakan pembentukan yang membentuk kristal yang akhirnya boleh menyebabkan batu karang.

Kajian ke atas tikus mendapati bahawa ekstrak jering boleh mengurangkan saiz kristal di dalam badan tikus berkenaan selepas enam minggu. Oleh itu, kajian itu menunjukkan bahawa ekstrak jering berpotensi mengurangkan masalah batu karang.

5.Tinggi dengan antioksidan

Tahukah anda bahawa jering sangat tinggi dengan antioksidan yang boleh membantu melawan radikal bebas sekaligus memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan seperti mampu mencegah penyakit.

Oleh kerana jering mengandungi polifenol, flavonoid, terpenoid, alkaloid, vitamin C, dan vitamin A sebagai sumber antioksidan yang baik sekaligus dapat meningkatkan imuniti badan manusia.

6.Kolestrol dalam darah menurun

Inilah yang paling digemari oleh orang ramai kerana jering boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa kulit jering bukan sahaja boleh menurunkan diabetes malah kolestrol jahat dalam badan.

7.Bersifat antibakteria

Bersifat antimikrobial dan antibakteria yang boleh membantu mencegah jangkitan dalam badan manusia. Ini sangat bagus untuk mencegah dan meneutralisasi semula bakteria dalam badan.

*Jadi, bila dah tahu segala khasiat yang terdapat dalam buah jering, boleh letak tepi memikirkan baunya yang kurang enak tersebut. Yang penting sedap buat ulam dan berkhasiat kan?

khasiat jering

Foto: Hello Doktor

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!

Sumber: Roots Of Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×