Sihat

Jom Amalkan Omega 3 Fish Oil, Ada 9 Kebaikan Anda Boleh Dapat Khususnya Wanita

99
SHARES
kebaikan omega 3 fish oil

Tidak boleh disangkal lagi, kebaikan Omega 3 Fish oil menjadi perbualan orang ramai. Ada yang mengambilnya untuk mencantikkan kullit dan ada juga untuk melindungi kesihatan jantung. Namun, disebabkan harganya juga agak tinggi mengikut jenis jenama yang ada di pasaran, ramai yang tidak membuat ‘pelaburan’ yang memberi manfaat tinggi ini!

Oleh itu, anda kena ambil tahu 9 kebaikan makan Omega 3 Fish Oil ini supaya terus tidak kedekut untuk membeli suplemen tambahan yang sangat berbaloi untuk kesihatan diri sendiri ini.

Baca juga: Siapa Cakap Makan Telur Puyuh Kolestrol Tinggi? Rupanya Ada 10 Khasiat Yang Kita Tak Tahu!

9 KEBAIKAN OMEGA 3 FISH OIL YANG RAMAI TAK TAHU, KENA BELI!

kebaikan omega 3 fish oil

1.Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Kandungan EPA yang ada dalam kapsul Omega 3 dapat mencantikkan kulit, rambut serta kuku anda. Cuba amalkan selama beberapa bulan dan anda akan melihat perbezaan sebelum dan selepas.

2.Menyihatkan jantung, kurangkan serangan jantung

Mungkin sudah diketahui ramai, Omega 3 atau fish oil sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung serta mengurangkan serangan jantung dalam kalangan wanita. Hal ini kerana, wanita berpotensi tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.

3.Mencegah kanser payudara

Inilah yang paling digeruni oleh kaum wanita iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak fish oil ini dengan kadar yang tinggi boleh mengurangkan 50% risiko mendapat serangan kanser payudara. Hal ini kerana kandungan DHA dalam Omega 3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi bagi melawan kanser.

4.Mengurangkan senggugut ketika haid

Ramai tak sedar bahawa Omega 3 fish oil ini mampu untuk mengurangkan senggugut ketika haid. Ia boleh mengimbangkan semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.

5.Meningkatkan tahap kesuburan

Omega 3 sebenarnya mampu untuk mengimbangi kadar hormon wanita dan meningkatkan pengaliran darah ke uterus. Buat anda yang ingin hamil, lebih tinggi kandungan fish oil yang diambil, lebih tinggi peluang untuk anda mempunyai zuriat!

6.Perkembangan otak bayi dalam kandungan

Pengambilan Omega 3 ketika hamil sangat disarankan bagi meningkatkan tahap perkembangan otak bayi dalam kandungan. DHA dapat membantu perkembangan otak yang sempurna, mencergaskan otak serta kesihatan mata dan motor.

kebaikan omega 3 fish oil

7.Mencegah pre-eclampsia

Adalah sangat bahaya untuk ibu hamil mempunyai tekanan darah yang tinggi atau dipanggil pre-eclampsia. Jadi, pengambilan Omega 3 dapat membantu mengimbangi tekanan darah si ibu dan juga kesihatan bayi dalam kandungan.

8.Mengurangkan simptom dan masalah menopause

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mengalami sebarang masalah ketika menopause dan ada juga yang mengalaminya seperti sakit melampau. Jadi, pengambilan Omega 3 dapat bantu menstabilkan hormon dan mengurangkan simptom perubahan mood yang mendadak.

9.Mengurangkan kemurungan selepas bersalin, dalam pantang

Berpantang selepas bersalin merupakan proses yang penting untuk dijaga oleh ibu. Ada yang mengalami kemurungan dan ada juga yang mengalami keletihan melampau selepas bersalin. Jadi, ambil Omega 3 untuk melancarkan aliran darah dan kurang stres.

*Ada banyak jenis Omega 3 Fish Oil di pasaran, anda hanya perlu pilih berdasarkan kemampuan bajet anda sahaja!

Sumber: Vitaminkita.net

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×