Dapur

Setiap Kali Pergi Pasar WAJIB Beli 6 Jenis Ikan Tinggi Khasiat Omega-3 Ini, Sedap Pun Sedap!

40
SHARES
ikan tinggi omega-3

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mengetahui bahawa Omega-3 merupakan khasiat yang bagus untuk badan terutama wanita. Bukan sahaja melalui pengambilan supplemen tambahan, rupanya dengan mengambil jenis ikan tinggi Omega-3 yang tertentu pun boleh membekalkan khasiat ini.

Oleh itu, setiap kali ke pasar membeli barangan basah, anda boleh pilih 6 jenis ikan ini yang mampu membekalkan nutrisi Omega-3 yang banyak. Dahlah sedap, berkhasiat pula tu!

Baca juga: Kalau Nak Jadi Calon Menantu Kesayangan, Kena Tahu 21 Jenis Ikan Di Pasar Ini!

JENIS IKAN TINGGI OMEGA-3, WAJIB BELI SETIAP KALI KE PASAR

Jikalau disebut Omega-3, kebanyakan orang akan terus memikirkan ikan salmon bukan? Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ikan-ikan tempatan kita juga kaya dengan omega-3!

ikan tinggi omega 3

Banyak kajian mendapati bahawa Omega-3 yang juga tergolong dalam kumpulan Asid Lemak Tidak Tepu memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan mental, visual dan fizikal termasuklah kesihatan jantung. Antara jenis ikan yang mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi adalah :

-Ikan Kembung

-Ikan Cencaru

-Ikan Patin

-Ikan Keli

-Ikan Tongkol

-Ikan Siakap

Ikan-ikan yang ditunjukkan ini merupakan sebahagian daripada ikan-ikan yang ditemui dengan kadar Omega-3 yang agak tinggi dalam kajian tempatan. Banyak lagi kajian yang akan dijalankan terhadap kadar omega-3. Yang penting adalah, pelbagaikan sumber pengambilan protein dalam sajian anda!

Jadi, setiap kali keluar membeli barang basah seperti ikan untuk dimasak, pilih antara jenis ikan ini ya supaya anda dapat kandungan khasiat yang tinggi.

Sumber: Nutritionist KKM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×