Buah-buahan sihat merupakan sumber khasiat yang perlu kita ‘gali’ supaya dapat mengekalkan kesihatan badan. Bukan sahaja melalui ubat-ubatan serta suplemen tambahan, melalui pengambilan buah-buahan sebenarnya dapat membantu banyak dalam menyembuhkan segala sakit dalam badan.
Jadi, buat penggemar buah-buahan tidak kira buah tempatan atau international, berikut merupakan 7 jenis buah yang sangat sesuai untuk kesihatan badan. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi!
Baca juga: Panik, Keluar Keputihan Banyak, Relaks Ambil 6 Makanan Ini, Confirm Hilang!
7 JENIS BUAH-BUAHAN SIHAT UNTUK BADAN, BARU TAHU!
1.Manggis
Mempunyai rasa yang sedikit masam, manggis sebenarnya adalah buah-buahan anti-kanser yang bermanfaat untuk melambarkan proses penghasilan sel pada usus besar dan kanser hati. Bukan itu sahaja, bahan khasiat yang terdapat dalam manggis juga berupaya untuk merawat leukemia.
2.Tembikai
Tembikai merupakan antara buah yang mempunyai 80% kandungan air dan sangat bagus untuk menghidratkan badan kekurangan air. Jika anda mengalami sakit tekak dan radang gusi, makan tembikai merupakan antara jalan yang disarankan. Potong tembikai kecil-kecil dan letakkan sedikit garam.
3.Betik
Bukan sahaja dapat melawaskan sistem penghadaman, malah betik juga merupakan antara buah yang digunakan dalam petua merawat batu karang. Selain itu, betik yang masak ranum dan dicampurkan dengan madu asli dikatakan dapat membantu mengubati penyakit kencing tidak lawas serta masalah pundi kencing.
4.Pisang
Pisang juga merupakan antara buah yang popular dan sering dimakan bagi menangani masalah sembelit. Sebiji pisang mengandungi sehingga 2.6g serat. Ia juga padat dengan nutrisi lain yang baik untuk tubuh seperti vitamin C, vitamin B6, dan kalium.
5.Epal
Dengan kandungan 4 gram serat dalam sebiji epal, ia dapat memenuhi keperluan serat sebanyak 17%. Epal juga mengandungi serat mudah larut iaitu pektin yang juga baik dalam meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Epal juga diperkaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan badan.
6.Mangga
Buah mangga merupakan antara buah yang sering dimakan kerana berbuah sepanjang tahun dan mudah didapati. Dengan khasiat serat sebanyak 2.6 g dalam sebiji mangga, ia dapat membekalkan sehingga 17 % serat dalam keperluan diet harian.
Rasanya bukan sahaja lazat, malah mangga juga mampu membekalkan khasiat penting untuk tubuh badan seperti vitamin C, vitamin A dan folat.
7.Raspberri
Walaupun buah raspberi kurang popular di Malaysia, namun ia merupakan antara buah-buahan yang mempunyai jumlah serat yang tinggi iaitu sebanyak 6.5 gram bagi setiap 100 gram. Seperti buah beri lain, ia sesuai dimakan sebagai snek dan sesuai untuk dimakan bersama bijirin sihat seperti oat.
Sumber: Berkebun Di Rumah