Dapur

Ini 7 Manfaat Makan Buah Cranberry, Sangat Bagus Untuk Pulihkan Kencing Kotor!

7
SHARES
manfaat buah cranberry

Nampak sama tapi bukan dia, itulah nasib buah cranberry yang orang anggap seperti buah cherry kerana rupanya yang bulat kecil dan bewarna merah delima. Namun, tidak mengapa asalkan anda tahu manfaat buah cranberry yang sebenarnya banyak khasiat untuk kesihatan.

Antaranya adalah mengatasi jangkitan saluran kencing, melawan penuaan awal, membantu kesihatan pasca menopause dan pelbagai lagi. Justeru itu, kalau nak tahu khasiat lain mari ikuti perinciannya di bawah.

Baca juga: Rupanya Cincau Pun Beri Kebaikan Pada Kesihatan, Dah Tahu Mesti Tiap Hari Bercincau!

MANFAAT BUAH CRANBERRY

manfaat buah cranberry

Ini 7 manfaat buah cranberry kepada kesihatan badan. Jom amalkan makan buah cranberry dengan kadar tertentu.

1. MENGATASI JANGKITAN SALURAN KENCING

Kandungan anti-bakteria pada cranberry dalam jumlah tinggi ternyata berkesan mengatasi jangkitan saluran kencing (UTI).

TANDA UTI:

  • Pedih pinggul
  • Kerap membuang air kecil
  • Pedih ketika buang air kecil
  • Air kencing berdarah

Jangkitan ini perlu segera diatasi kerana ia dapat mempengaruhi kesihatan ginjal anda.

2. MELAWAN PENUAAN AWAL

Berdasarkan penyelidikan, faktor utama penyebab kepada penuaan awal adalah radikal bebas. Sifat antioksidan pada cranberry dapat dimanfaatkan untuk melawan radikal bebas penyebab kerosakan sel-sel kulit.

Selain itu, buah ini juga memberikan nutrisi dan membuat kulit terasa lebih anjal.

Campurkan 2 sudu makan cranberry kering dan satu perempat sudu makan minyak essential. Oleskan campuran tersebut selama 10 minit pada kulit wajah, setelah itu bilas hingga bersih.

3. MEMBANTU KESIHATAN PASCA MENOPAUS

Tahukah anda, setelah memasuki fasa menopause anda berisiko diserang pelbagai penyakit termasuklah masalah jantung. Kajian 2013, menunjukkan pengambilan cranberry setiap hari dengan kadar tertentu dapat mengurangkan jumlah kolestrol.

Buah ini juga sesuai dijadikan suplemen makanan yang berkhasiat untuk para wanita setelah menopause.

4. MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH

manfaat buah cranberry

Ia sama fungsinya seperti pelbagai sayur dan buah yang tinggi vitamin, antioksidan dan fitokimia yang terkandung pada buah cranberry. Fungsi ini dapat meningkatkan daya tahan tubuh sehingga mencegah badan dari mudah diserang penyakit.

Anda boleh cuba mengambil buah atau jus cranberry setiap hari untuk menyeimbangkan dengan aktiviti harian yang padat.

5. MENCEGAH JANGKITAN

Meskipun memerlukan penelitian lebih banyak, namun manfaat lain buah cranberry yang harus anda tahu adalah melawan pelbagai jangkitan akibat bakteria dan virus. Ini termasuklah norovirus, penyebab kepada penyakit yang tular melalui makanan.

Buah ini juga bersifat anti radang atau dapat meredakan keradangan.

6. BANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

Memang benar makan buah-buahan sahaja tidak cukup untuk bantu mengurangkan berat badan. Anda perlu menggabungkan senaman dan menjaga pemakanan untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Pakar pemakanan menyatakan cranberry memberikan kesan pengemulsi pada lemak agar tidak terkumpul dalam tubuh. Selain itu, serat dalam buah merah ini juga membantu rasa kenyang yang lebih lama.

7. MELINDUNGI GIGI DARI KEROSAKAN

Menurut pengkaji di pusat kesihatan oral dan biologi, kandungan proanthocyanidins bermanfaat untuk mencegah penyakit gusi dan bakteria yang melekat pada gigi.

Dengan kata lain, selain memberi kesegaran cranberry boleh mencegah karies gigi dan masalah gusi yang lain.

Sumber: Tokopedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×