DIY & Kraf

Cara Tanam Terung Sampai Berbuah Lebat Selebatnya, Setiap Hari Boleh Petik Makan!

143
SHARES
cara tanam terung

Terung merupakan salah satu jenis sayur berbuah yang sangat sedap dimakan apabila dimasak tidak mengira jenis menu. Bahkan, hanya dijadikan ulam kosong, dicicah bersama sambal belacan dan nasi putih panas sudah cukup untuk membangkitkan selera sesiapa sahaja. Namun, mungkin ramai dalam kalangan kita yang tak terfikir untuk tanam sayur ini di rumah kerana tidak tahu cara tanam terung yang betul bukan?

Oleh itu, ada perkongsian di laman Facebook ‘Berkebun di Rumah’ yang menyenaraikan 14 cara penanaman pokok terung di rumah supaya tumbuh dengan lebat sampai tak habis makan! Mana tahu boleh buat jualan dan sedekah dekat jiran kan?

Baca juga: Alamak! Duit ‘Melayang’ Kalau Cermin Kereta Pecah, Relaks Dulu Buat 8 Langkah Ini

Cara Tanam Terung Supaya Buah Lebat Sampai Tak Habis Makan!

cara tanam terung

Pokok terung ni saya tanam suka-suka tepi rumah. Jenis antabogal. Tanam dua pokok je, buahnya memang tak habis makan.
Okey. Ni cara-cara saya tanam dan jaga dua pokok terung ni.

1. Tanam dalam petak tanaman. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Jarak antara pokok 3 kaki.

2. Tanam anak benih masa umur 35 hari lepas semai.

3. Lepas tanam terus sembur dengan kawalan organic buatan sendiri. Semburan juga dibuat pada hari kedua dan ketiga lepas tanam. Sembur pada awal pagi.

4.Siram dengan air kosong pada hari pertama dan kedua lepas tanam. Siram pada waktu pagi dan petang. 1 liter setiap kali siram.

5.Siram dengan baja subur pada hari ketiga lepas tanam. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram 1 liter satu pokok pada waktu pagi. Sebelah petang siram dengan air kosong sebanyak 1 liter 1 pokok.

6. Siram dengan air kosong pada hari yang kita tak siram dengan air baja. 1 liter pagi dan 1 liter petang.

7. Siram dengan air baja subur dua kali seminggu sehingga pokok ini berumur 14 hari lepas tanam. (HLT). Saya siram pada umur 3 HLT, 7 HLT, 10 HLT dan 14 HLT. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong 1 liter 1 pokok.

8. Bila pokok 17 HLT, 20 HLT, 24 HLT, 27 HLT dan 30 HLT, guna pencairan 15 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter satu pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.

9.Sembur dengan kawalan organic buatan sendiri pada setiap hari kita siram air baja. Sembur awal pagi. Sembur pada pucuk dan daun muda hingga basah lencun.

cara tanam terung

10.Pastikan tiada rumput di kawasan pokok kita sebab rumput ni rumah bagi serangga perosak. Bila tiada rumput, risiko serangan perosak pun kurang dan nak kawal pun mudah.

11. Boleh start siram dengan air baja buah bila pokok dah 34 hari lepas tanam. Kadar pencairan adalah 15 ml untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.

12.Ulang langkah diatas dua kali seminggu hingga pokok umur 60 hari lepas tanam.

13.Bila pokok dah start berbuah dan boleh kutip hasil, buang daun yang tak berfungsi setiap minggu.

14. Bila pokok umur 64 hari lepas tanam, saya siram dengan baja buah antara 1.5 – 2 liter sepokok. Siram pada waktu pagi dan kadar pencairannya juga adalah sama. Petang siram dengan air kosong, juga antara 1.5 – 2 liter setiap pokok.

Patutlah masa ambil benih hari tu, kawan kata terung jenis ni boleh capai 15 kg sepokok. Masa tu was-was lagi. Betul ke ni? Ke sembang je lebih!

Bila dah tanam sendiri ni, rasanya cakap member tu boleh percaya la sebab dah lebih 30 biji saya petik terung ni dari 2 pokok yang saya tanam. Buah kat pokok sekarang ada lebih kurang 20 biji lagi.

Memang kami tak habis makan walaupun tanam 2 pokok. Siap pokok terung ni dapat berbakti lagi untuk 6 buah rumah saudara kami. Alhamdulillah.

*Selamat mencuba!

Sumber: Berkebun Di Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×