Deko & Hias

Pokok Daun Kari Selalu Kena Masalah Bintik Hitam, Rawat Guna Cara Ini!

1.1K
SHARES

Sebut sahaja daun kari sudah pastinya kita membayangkan aromanya ketika digunakan untuk masak gulai atau kari. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan sebab itulah pokok daun kari ini akan ditanam di setiap rumah supaya lebih mudah.

Tetapi, perasan tak daun pokok kari ini akan sering mempunyai masalah bintik hitam dan bila kita nak guna untuk masak pun jadi terganggu. Oleh itu, ini cara nak rawat masalah bintik hitam pada daun kari bila ianya terjadi.

Baca juga: Cara Tanam Pokok Buah Lemon Guna Teknik ‘Sunat’

POKOK DAUN KARI SELALU KENA MASALAH BINTIK HITAM, RAWAT GUNA CARA INI

1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jangan terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.

2.Selepas cantas, siram pokok tersebut seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan atau kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.

3.Selepas lebih kurang dua minggu, tunas baharu akan tumbuh. Elakkan letak pokok di tempat yang redup kerana ia juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.

4.Selepas sebulan daun pokok akan merimbun, buat semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber: Nursyaha MH via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×