Deko & Hias

Cara Tanam Pokok Buah Lemon Guna Teknik ‘Sunat’

70
SHARES
cara tanam lemon

Buah lemon sudah semestinya menjadi pilihan ramai terutama sekali bagi anda yang tengah diet. Maklumlah, katanya mampu untuk memecahkan lemak dalam badan kan? Sebagai contoh contoh lain, buah lemon juga kaya dengan kandungan vitamin C dan pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.

Jadi, apa kata anda tanam pula pokok buah lemon ini di rumah supaya mudah untuk dipetik dan digunakan dalam masakan harian. Senang je rupanya nak tanam!

Baca juga: “Ada Button On Off”- Tanya Cara Nak Matikan Ketam, Komen Warganet Pula Bikin Berdekah!

CARA TANAM POKOK BUAH LEMON GUNA BIJI BENIH

Saya nak ajar ahli ahli group cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih. Ikut semua step yang mudah di bawah.

1.Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yang bersaiz besar.

2.Rendam semalaman di dalam satu bekas selepas disunatkan. Air hanya perlu paras lemon sahaja. Tak perlu banyak.

3.Ini bentuk biji lemon selapas disunatkn dan direndam semalaman. Senang aje nak sunatkan. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lebih mudah.

4.Sunatkan macam ni.. Alaaa, macam tok mudim sunatkan budak.. Potong sikit aje… Hihi.

5.Tebuk begini mangkuk polisterine spy mudah disemai.

6.Begini jadinya.

7.Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bagi lembap. Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tenghari cukup. Saya letak atas batu dekat dengan pagar.

8.Setelah 3 minggu. Bagi full cahaya.

9.Setelah sebulan setengah.

10.Hampir dua bulan.

11.Selepas 11 bulan.

12.Banyak daun daun baru yang keluar selepas ditabur dengan Epsom salt bulan lepas.

Selamat mencuba!

Sumber: Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×