Dapur

“Ada Button On Off”-Tanya Cara Nak Matikan Ketam, Komen Warganet Pula Bikin Berdekah!

700
SHARES
cara siang ketam

Salah satu jenis haiwan yang menjadi kegerunan ramai untuk disiang adalah ketam. Bukan sahaja agak sukar, malah terdapat bahagian badan ketam yang mempunyai duri tajam dan boleh melukakan jari sesiapa yang tidak arif. Bukan sahaja ketika ketam yang sudah mati sukar untuk disiang, tambah pula yang masih hidup mestilah lagi sukar!

Seperti perkongsian di laman Tiktok ini apabila saudara ini cuba untuk siang ketam yang masih hidup tapi cadangan dari warganet pula bikin berdekah!

Baca juga: Cara Cuci Bantal Kotor Berbau Guna 3 Bahan, Putih Terus!

TANYA CARA NAK MATIKAN KETAM, KOMEN WARGANET PULA BIKIN BERDEKAH!

Viral di laman media sosial mengenai satu perkongsian lucu apabila saudara ini bertanyakan orang ramai bagaimana caranya untuk ‘matikan’ ketam hidup. Hal ini kerana dia tidak mempunyai kemahiran untuk mencuci ketam yang masih hidup dan khuatir boleh terputus pula jarinya kelak!

cara siang ketam

Bila sudah tanya kepada warganet di dalam laman Tiktok itu juga, bukan sahaja pelbagai cadangan kreatif malah cadangan tersebut juga bikin ramai berdekah terhibur! Boleh ‘stress’ juga baca sebab masih tak membantu untuk menyiang ketam tersebut bukan?

Video ini juga telah mendapat lebih 1 juta tontonan, 121 ribu tanda suka dan lebih 19 ribu komen idea lucu dari orang ramai. Agak-agaknya apa kesudahan proses nak ‘matikan’ ketam tersebut ya? Semoga berjaya!

VIDEO PENUH:

Sumber: Nuhairi nasir, Tiktok @muzafarahamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×