DIY & Kraf

Tips Rumah Wangi Macam Orang Kaya, Rupanya Guna Barang Murah Je!

1K
SHARES
tips rumah wangi

Mempunyai rumah yang bersih dan wangi sudah semestinya menjadi idaman ramai. Mana tidaknya, kalau nak rasa selesa dan wangi, asyik kena ‘booking’ hotel boleh kempis dompet dibuatnya. Setiap kali berkunjung ke rumah teman yang mempunyai taraf hidup yang tinggi, wangi sahaja rumah sepanjang hari dan terfikir apa tips rumah wangi sepanjang hari?

Jangan risau, tak perlu barang yang mahal-mahal sebenarnya kerana ini perkongsian 4 petua rumah bau wangi macam rumah orang kaya tapi dengan cara yang jimat!

Baca juga: Tips Letak Pewangi Kereta Dengan Betul, Baru Wangi Sampai Belakang!

4 TIPS RUMAH WANGI BERSIH MACAM RUMAH ORANG KAYA CARA JIMAT

Nak kekalkan rumah wangi dan bersih boleh cuba 4 petua di bawah ini. Sangat mudah dan murah! Bahan-bahannya pun sentiasa ada di rumah dan boleh divariasikan untuk menghasilkan cecair wangian ini. Balik rumah lepas ini, kurang rasa letih dah. Rasa penat pun boleh hilang dengan hirup bau yang menyegarkan sepanjang masa. Boleh follow cara dibawah :

1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

tips rumah wangi

BAHAN-BAHAN:

-1 penutup pelembut fabrik

-10 cawan air

CARA-CARA:

1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH

tips rumah wangi

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.

BAHAN-BAHAN:

-1 penutup pencuci lantai

-Cuka

-Air panas

CARA-CARA:

1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.

2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. WANGIKAN RUMAH

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

BAHAN-BAHAN:

-1 penutup pelembut fabrik

-Cuka

CARA-CARA:

1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.

2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. SEGARKAN BILIK AIR

tips rumah wangi

BAHAN-BAHAN:

-1 sudu kecil teh soda bikarbonat

-1 sudu teh cuka

-1 cawan air

CARA-CARA:

1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.

2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

*Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat mencuba!

Sumber : Zlani L’bani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×