Deko & Hias

Tips Letak Pewangi Kereta Dengan Betul, Baru Wangi Sampai Belakang!

7.6K
SHARES
jaga kereta auto

Penggunaan pewangi kereta atau Air Freshener sudah semestinya menjadi aksesori kereta yang penting bagi mereka yang menginginkan kereta sentiasa fresh dan wangi. Siapa yang tak mahu hidu benda-benda wangi kan? Tapi perasan tak kebanyakkan pemilik kenderaan meletakkan pewangi kereta itu di atas dashboard kereta. Sebenarnya terdapat tempat yang betul dan strategik bagi meletakkan pewangi kereta. Ini tips letak pewangi kereta dengan betul.

Baca juga: Cara Buka Akaun ASBN Online, Tak Payah Ke Kaunter!

TIPS LETAK PEWANGI KERETA DENGAN BETUL, BARU WANGI!

pewangi kereta

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok oleh @stdetailingjb, mereka berkongsi tips mengenai tempat yang sepatutnya pewangi kereta ini diletakkan.

Tempat sebenar bagi meletakkan pewangi kereta ialah di tenpat bawah kaki bahagian penumpang hadapan yang berdekatan dengan aircond kereta. Hal ini telah dibuktikan oleh @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.

Untuk membuktikannya, anda boleh melihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Dah boleh ubah kedudukan pewangi kereta tu ya!

“OOO BARU TAHU, PATUTLAH SELALU BAU KAKI”

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang meninggalkan komen bahawa mereka baru tahu dengan kedudukan pewangi kereta sepatutnya berada di bawah. Ada juga yang bergurau bahawa patutlah selalu bau kaki kerana kedudukan di bawah tersebut mudah menyerap ke kawasan pendingin hawa kenderaan!

Sumber: Tiktok @stdetailingjb

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×